Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia hulur AS$75 juta bantu Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Australia hulur AS$75 juta bantu Ukraine

Perdana Menteri Australia Scott Morrison. (Gambar: AFP/Diego Opatowski)

SINGAPURA: Bantuan antarabangsa semakin mencurah-curah untuk Ukraine dengan Australia yang terkini membuat sumbangan.

Perdana Menteri Scott Morrison mengumumkan AS$50 juta (S$67.67 juta) akan disumbang kepada pertubuhan pertahanan NATO bagi pembelian peluru berpandu dan peluru.

Lagi AS$25 juta (S$33.83 juta) pula akan disalurkan Australia untuk bantuan kemanusiaan seperti bekalan makanan dan perlindungan untuk para pelarian Ukraine.

Para anggota EU dan NATO juga telah bertemu untuk memperhalusi sekatan-sekatan ke atas Rusia.

EU juga telah menambah jumlah individu ke dalam senarai orang-orang yang dikenakan sekatan.

Tetapi Rusia telah bertindak balas dengan mengharamkan syarikat-syarikat penerbangan Eropah dan Kanada daripada ruang udaranya.

Kremlin juga merancang untuk mengatasi semua sekatan negara-negara barat itu.

Pihak barat bagaimanapun meneruskan tekanan ke atas Rusia dengan Switzerland sendiri mengabaikan pendirian berkecualinya untuk mengenakan sekatan-sekatan, sejajar dengan negara-negara EU.

Amerika Syarikat dan United Kingdom juga memperkenalkan langkah-langkah lebih tegas termasuk mengharamkan rakyat masing-masing daripada berurusan dengan bank pusat Rusia.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan