Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia, Filipina bincang rondaan bersama di Laut China Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Filipina dan Australia pada Rabu (22 Feb) mengadakan perbincangan untuk meneruskan rondaan bersama di Laut China Selatan.

Ia diadakan beberapa hari selepas Filipina mengadakan perbincangan serupa bersama dengan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pertahanan Australia Richard Males berkata perbincangan bersama rakan sejawatannya dari Filipina, Carlito Galvez di Manila itu adalah sesuatu yang dirancang dilakukan setiap tahun dalam usaha untuk memperdalam hubungan keselamatan kedua-dua negara.

"Sebagai negara yang komited kepada peraturan berasaskan peraturan global, adalah wajar kita memikirkan cara bagaimana boleh bekerjasama dalam hal ini," kata Encik Marles pada sidang media bersama Encik Galvez selepas mesyuarat itu.

Dengan tuntutan kedaulatan bertindih di laluan strategik itu, Filipina meningkatkan percubaannya untuk menentang apa yang disifatkan sebagai "kegiatan agresif" China di Laut China Selatan, yang turut mewujudkan ketegangan operasi tentera laut China dan AS.

Usaha rondaan bersama Filipina dan Australia itu timbul selepas perbincangan serupa antara Manila dan Washington mengenai rondaan pengawal pantai bersama termasuk di Laut China Selatan.

 
Sumber : CNA/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan