Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia dijangka beli 5 kapal selam berkuasa nuklear: Pegawai AS

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Australia dijangka membeli sehingga lima kapal selam berkuasa nuklear kelas Virginia Amerika Syarikat (AS) pada tahun-tahun 2030-an.

Ia sebagai sebahagian daripada perjanjian pertahanan penting antara Washington, Canberra dan London.

Demikian menurut empat pegawai AS pada Rabu (8 Mac), dalam perjanjian yang bakal memberi cabaran baru kepada China.

Perjanjian itu, yang dikenali sebagai pakatan AUKUS akan mempunyai beberapa peringkat, dengan sekurang-kurangnya satu kapal selam AS singgah di pelabuhan Australia pada tahun-tahun akan datang, dan berakhir pada akhir tahun-tahun 2030-an.

Presiden AS Joe Biden akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin Australia dan Britain di San Diego pada Isnin depan.

Sidang puncak tiga hala itu akan memberi tumpuan kepada perjanjian AUKUS, bagi merangka hala tuju untuk menyediakan kapal selam berkuasa nuklear dan senjata berteknologi tinggi lain ke Australia.

China mengecam usaha sekutu-sekutu Barat itu untuk menyaingi program ketenteraan China, memberi tekanan ke atas Taiwan, selain meningkatkan kehadirannya di Laut China Selatan yang dipertikaikan.

AUKUS dijangka menjadi projek pertahanan terbesar Australia dan menawarkan peluang pekerjaan di ketiga-tiga negara.

Australia kini mempunyai armada enam kapal selam kelas Collins, yang akan dilanjutkan penggunaannya hingga 2036. Kapal selam berkuasa nuklear boleh berada di dalam air lebih lama dberbanding kapal selam biasa dan lebih sukar untuk dikesan.
Sumber : Reuters/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan