Australia dapatkan nasihat segera dari Norway ekoran kematian penerima vaksin Pfizer
Pihak berkuasa Australia sedang cuba mendapatkan lebih banyak maklumat dari Norway, selepas ia melaporkan sekurang-kurangnya 29 kematian dalam kalangan pesakit warga emas yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech.
(Gambar: Agensi berita)
SYDNEY: Pihak berkuasa Australia sedang cuba mendapatkan lebih banyak maklumat dari Norway, selepas ia melaporkan sekurang-kurangnya 29 kematian dalam kalangan pesakit warga emas yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech.
Masih belum jelas bila pesakit-pesakit itu meninggal dunia namun, semua dikatakan menghidapi penyakit serius.
Bagaimanapun, pihak berkuasa perubatan Norway berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.
Mereka juga mendakwa kematian tersebut tidak ada kaitan dengan vaksin Pfizer-BioNTech.
Hasil bedah siasat menyatakan kesan sampingan seperti demam dan muntah-muntah mungkin menyumbang kepada kematian pesakit-pesakit warga emas itu.
Mereka kini menasihati agar tidak memberikan vaksin tersebut kepada golongan tua dan yang sedang sakit tenat.
Australia menandatangani satu perjanjian untuk membeli 10 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, namun ia belum lagi diluluskan untuk kegunaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.