Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia dan Indonesia meterai perjanjian pertahanan

Anggaran Waktu Membaca:
Australia dan Indonesia meterai perjanjian pertahanan

(Gambar: Facebook/Anthony Albanese)

SYDNEY: Australia dan Indonesia memeterai perjanjian kerjasama pertahanan yang akan membolehkan tentera kedua-dua negara untuk menjalankan operasi di negara satu sama lain.

Demikian menurut Perdana Menteri Australia Anthony Albanese pada Selasa (20 Ogos).

"Ia akan menjadi wadah penting untuk kedua-dua negara kita menyokong keselamatan satu sama lain, yang penting bagi kedua-dua negara, tetapi juga untuk kestabilan rantau yang kita kongsi," kata Encik Albanese semasa sidang media bersama di Canberra dengan bakal Presiden Indonesia Prabowo Subianto.

Australia dan Indonesia berkongsi sempadan maritim terpanjang di dunia, dan sudah bekerjasama dalam usaha menghuraikan pelbagai isu, termasuk keselamatan, pemerdagangan manusia dan penyeludupan dadah.

"Peta benar-benar menunjukkan bahawa Australia dan Indonesia adalah negara jiran terdekat, tetapi mulai saat ini, ia juga ditentukan oleh kepercayaan strategik yang mendalam," kata Menteri Pertahanan Australia Richard Marles.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Australia memeterai beberapa perjanjian pertahanan, terutama perikatan ketenteraan AUKUS bersama Amerika Syarikat dan Britain, yang mencetuskan kemarahan China.

Encik Prabowo berkata pada satu forum November lalu bahawa Indonesia komited kepada dasar berkecuali dan akan mengekalkan hubungan baik dengan China dan Amerika Syarikat.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan