Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia dakwa negara asing dalang serangan siber

Perdana Menteri Australia Scott Morrison mendakwa pencerobohan terhadap rangkaian komputer Parlimen Australia yang berlaku baru-baru ini dilakukan oleh sebuah negara yang bijak dalam bidang tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia dakwa negara asing dalang serangan siber

Gambar fail Perdana Menteri Australia Scott Morrison. (Gambar: Phil Noble/Reuters)

Diterbitkan : 18 Feb 2019 07:03PM Dikemas Kini : 18 Feb 2019 07:08PM

SYDNEY: Perdana Menteri Australia Scott Morrison mendakwa pencerobohan terhadap rangkaian komputer Parlimen Australia yang berlaku baru-baru ini dilakukan oleh sebuah negara yang bijak dalam bidang tersebut.

Bercakap di parlimen, Encik Morrison berkata pencerobohan itu menjejas rangkaian parti-parti politik seperti parti Liberal, Buruh dan Nasional.

“Pakar siber percaya negara asing bertanggungjawab terhadap aktiviti berniat jahat ini.

“Kami juga sedar rangkaian membabitkan beberapa parti politik utama, iaitu Liberal, Buruh dan Kebangsaan turut terjejas,” katanya kepada Parlimen.

Walaupun tidak menyebut secara langsung negara yang terlibat, pelibatan Rusia dan China serta Iran pernah disebut sebagai antara negara yang bijak melakukan pencerobohan sedemikian.

Ia berlaku menjelang pilihan raya federal pada Mei ini.

Baru-baru ini, kesemua penggubal undang-undang diminta menukar segera kata laluan masing-masing, selepas agensi perisikan siber Australia mengesan serangan ke atas rangkaian komputer Parlimen.

Encik Morrison berkata tidak terdapat sebarang bukti sejauh ini yang menunjukkan sistem pilihan raya Australia digodam akibat pencerobohan itu.

Sumber : Reuters/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan