Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia dakwa 4 warga China berhubung komplot penipuan pelaburan di AS

Anggaran Waktu Membaca:
Australia dakwa 4 warga China berhubung komplot penipuan pelaburan di AS

Gambar: Polis Persekutuan Australia (AFP)

SYDNEY: Polis Australia mendakwa empat warga China pada Jumaat (9 Dis) berhubung komplot penipuan pelaburan online yang sebahagian besarnya berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Menurut pihak berkuasa Australia, ia membabitkan kerugian wang berjumlah lebih AS$100 juta (S$135 juta) di seluruh dunia.

Penipuan canggih itu melibatkan manipulasi platform dagangan elektronik yang sah yang dilesenkan kepada broker pertukaran asing yang kemudiannya memberikan perisian itu kepada pelanggan mereka, menurut Polis Persekutuan Australia (AFP).

Perkhidmatan Rahsia AS pada Ogos memaklumkan pihak berkuasa tentang kaitan Australia dengan penipuan yang kebanyakannya berpangkalan di AS, menurut AFP.

Tertuduh adalah penduduk Sydney tetapi kebanyakan mangsanya daripada Amerika Syarikat.

Sindiket jenayah terancang itu menggunakan gabungan teknik kejuruteraan sosial termasuk platform pemesejan dan lelaman 'dating' dan pekerjaan untuk mendapatkan kepercayaan mangsa sebelum menyebut tentang peluang pelaburan.

Mangsa kemudian diarahkan ke kedua-dua aplikasi pelaburan palsu dan sah yang berurusan dalam pertukaran asing dan mata wang kripto yang dimanipulasikan untuk menunjukkan pulangan positif palsu ke atas pelaburan berkenaan.

Selepas mangsa menjadi pelanggan dalam perkhidmatan pelaburan itu, data ditukar untuk menggalakkan pelaburan selanjutnya, sambil menyembunyikan hakikat bahawa wang mereka telah dicuri.

Detektif AFP, Sarjan Salam Zreika, dalam satu kenyataan berkata kes itu menekankan keperluan untuk "menahan diri daripada melabur dalam pertukaran asing, mata wang kripto atau pelaburan spekulatif dengan individu yang ditemui dalam persekitaran online".

Empat lelaki yang ditahan mendaftarkan syarikat Australia supaya penipuan mereka kelihatan sah dan mencipta akaun bank perniagaan Australia untuk melaburkan wang haram hasil penipuan itu, dakwa polis.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan