Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia catat 'pencapaian hebat', 80% penduduk divaksin

Kadar vaksinasi COVID-19 di Australia bagaimanapun tidak sama rata mengikut wilayah: Misalnya New South Wales catat kadar 95% manakala di Australia Barat hanya 65% penduduknya lengkap divaksin.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia catat 'pencapaian hebat', 80% penduduk divaksin

Pelanggan nikmati hidangan di sebuah kafe di Sydney, Australia setelah pembukaan semula pada 11 Okt 2021 (Gambar: AP Photo/Rick Rycroft)

Diterbitkan : 06 Nov 2021 04:44PM Dikemas Kini : 06 Nov 2021 04:46PM

MELBOURNE: Australia pada Sabtu (6 Nov) mencatat kadar lengkap divaksinasi sebanyak 80 peratus dalam kalangan penduduknya yang berusia 16 tahun dan ke atas, yang disifatkan Perdana Menteri Scott Morrison sebagai "pencapaian hebat" dan berada di landasan tepat untuk menjadi salah satu negara di dunia dengan kadar vaksinasi tertinggi terhadap COVID -19.

Negara dengan 25 juta penduduk itu telah beralih strategi dari sifar COVID, ke arah hidup dengan virus itu melalui vaksinasi yang meluas, setelah varian Delta yang mudah berjangkit, terbukti sukar untuk dibendung.

"Satu lagi pencapaian hebat, Australia," kata PM Morrison dalam satu video yang dimuat naik di Facebook. "Empat daripada setiap lima orang (sudah divaksin), baguskan. Ini benar-benar satu usaha seluruh negara Australia bersama."

Walaupun vaksinasi tetap diambil secara sukarela di peringkat persekutuan, negeri dan wilayah Australia mewajibkannya ke atas banyak pekerjaan dan pekerja. Mereka yang tidak divaksin dilarang daripada banyak kegiatan, seperti makan di luar atau menghadiri konsert.

Pada Isnin, Australia melonggarkan sekatan sempadan antarabangsa buat kali pertama sejak pandemik melanda, tetapi hanya untuk mereka yang datang dari negara yang mencatat kadar vaksinasi yang tinggi.

Bagaimanapun, perangkaan vaksinasi di merata negara pada hakikatnya tidak sama rata.

Hampir 90 peratus penduduk yang layak telah lengkap divaksin di wilayah paling ramai penduduk di New South Wales, dan hampir 95 peratus di ibu kota Canberra, namun jumlah ini merosot kepada hanya 65 peratus di Wilayah Utara dan Australia Barat yang jumlah penduduknya adalah sedikit.

Negara itu mencatat 1,558 jangkitan baru dan lagi 10 kematian pada Sabtu, dengan kebanyakan jangkitan dilaporkan di Victoria. Beberapa bahagian Wilayah Utara diletakkan di bawah perintah berkurung tiga hari, selepas satu penularan meningkat kepada tiga kes.

Meskipun terdapat penularan varian Delta yang menyebabkan langkah sekatan pergerakan berbulan-bulan di dua bandar terbesar, Sydney dan Melbourne, perangkaan nasional yang dicatatkan kurang 179,000 jangkitan dan 1,587 kematian, iaitu jauh lebih rendah berbanding kebanyakan negara maju.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan