Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia buka sepenuhnya sempadan kepada pelawat sudah divaksin mulai 21 Feb

Australia akan membuka sepenuhnya sempadannya kepada semua pemegang visa yang sudah divaksin mulai 21 Februari, umum Perdana Menteri Scott Morrison pada Isnin (7 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Australia buka sepenuhnya sempadan kepada pelawat sudah divaksin mulai 21 Feb

(Gambar: Patrick T. FALLON / AFP)

Diterbitkan : 07 Feb 2022 07:30PM Dikemas Kini : 07 Feb 2022 07:31PM

SYDNEY: Australia akan membuka sepenuhnya sempadannya kepada semua pemegang visa yang sudah divaksin mulai 21 Februari, umum Perdana Menteri Scott Morrison pada Isnin (7 Feb).

Langkah itu diumumkan hampir dua tahun sejak pemimpin itu menutup sempadan negaranya kepada semua bukan warganegara bagi mengurangkan ancaman baru koronavirus.

"Jika anda sudah divaksin dua kali, kami menantikan untuk mengalu-alukan kedatangan anda semula ke Australia," kata Encik Morrsion semasa satu taklimat media.

Pelonggaran ke atas kawalan sempadan akan memacu perniagaan bagi sektor-sektor penerbangan, perhotelan serta pelancongan yang terjejas teruk dek perintah berkurung dan sekatan tegas yang lain.

Susuli berita tersebut, saham bagi syarikat pelancongan dan penerbangan melonjak, dengan saham Qantas naik lebih lima peratus manakala pengendali perjalanan Flight Centre meningkat lebih tujuh peratus dalam sesi dagang sebelah petang.

Kawalan sempadan ketat dan sekatan yang dikuatkuasakan serta-merta membantu mengekalkan jumlah kes COVID-19 di Australia jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain. Namun, bilangan kes mencecah paras rekod sejak beberapa minggu kebelakangan ini, disebabkan oleh varian Omicron yang pantas merebak.

Jumlah kes jangkitan harian dan kes hospital pada minggu lalu dilaporkan perlahan sedikit. Australia mencatatkan lebih 23,000 kes baru pada Isnin, bilangan yang terendah bagi 2022 dan jauh lebih rendah berbanding paras kemuncak sebanyak 150,000 yang dicecah sekitar sebulan lalu.

Sempadan Australia ditutup pada Mac 2020 bagi melindungi benua itu daripada lonjakan kes koronavirus.

Buat kebanyakan tempoh waktu sejak dari itu, rakyat Australia dilarang daripada meninggalkan negara dan hanya segelintir pelawat sahaja diberikan pengecualian untuk memasuki negara tersebut.

Australia melaksanakan pembukaan semula sempadan secara bertahap-tahap pada lewat tahun lalu dengan membenarkan pekerja hijrahan berkemahiran, pelajar antarabangsa serta pengembara untuk memasuki negaranya.

Keputusan terkini itu akan menyaksikan hampir kesemua sekatan yang masih dikuatkuasakan ditarik balik.

Ia dilakukan selepas dasar "sifar COVID-19" yang sudah sekian lama dikuatkuasakan di negara itu diabaikan dan sistem cemerlang bagi mengesan kes COVID-19 runtuh dibadai gelombang kes Omicron.

Sekitar 2.4 juta kes COVID-19 dicatatkan sejak varian Omicron pertama kali dikesan di Australia pada November.

Setakat ini, Australia melaporkan sekitar 200,000 kes koronavirus. Angka korban dek COVID-29 kekal 4,248 sejak pandemik mula melanda.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan