Australia buat persiapan hadapi gelombang haba pertama musim panas
Australia sedang membuat persiapan menghadapi gelombang haba pertama yang besar dalam musim panas tahun ini yang diramalkan terjadi hujung minggu ini.
(Gambar: Getty Images)
SYDNEY: Australia sedang membuat persiapan menghadapi gelombang haba pertama yang besar dalam musim panas tahun ini yang diramalkan terjadi hujung minggu ini.
Suhu dijangka berada di paras lebih 40 darjah Selsius.
Biro Kaji Cuaca Australia menyatakan amaran bahaya kebakaran mungkin perlu dinaikkan.
Semasa musim panas tahun lalu, kebakaran hutan dan belukar di Australia meragut nyawa 33 orang dan jutaan haiwan asli negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.