Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia, Britain ikrar kukuh kerjasama tangkis ancaman terhadap demokrasi

Anggaran Waktu Membaca:
Australia, Britain ikrar kukuh kerjasama tangkis ancaman terhadap demokrasi

Perdana Menteri Australia Scott Morrison. (Gambar fail: REUTERS)


SYDNEY: Australia dan Britain berikrar untuk mengukuhkan kerjasama menangkis ancaman kepada demokrasi.

Para menteri pertahanan dan ehwal luar Britain dan Australia bertemu di Sydney, di tengah-tengah ketegangan berhubung China dan Rusia.

Kedua-dua pihak membincangkan soal kerjasama tentera dan kehadiran Britain di rantau tersebut.

Ini sedang mereka berusaha menangkis pengaruh China.

Semalam (20 Jan), Australia dan Britain menjalin kerjasama dalam bidang siber dan teknologi dengan beberapa negara di rantau Indo-Pasifik.

Sebagai sebahagian daya usaha tersebut, kedua-dua negara akan meningkatkan sekatan ke atas jenayah siber bagi membendung potensi jenayah.

Perjanjian kapal selam nuklear AUKUS juga mendapat tumpuan.

Di bawah perjanjian itu, Britain dan Amerika Syarikat akan membantu melengkapi Australia dengan kapal selam berkuasa nuklear.
 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan