Skip to main content

Dunia

Australia berusaha pulih keyakinan orang ramai terhadap buah strawberi

Rakyat Australia perlu memberi sokongan kepada para petani yang terjejas akibat insiden jarum yang ditemui dalam strawberi, kata Perdana Menteri negara itu, Scott Morrison pada Khamis (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Australia berusaha pulih keyakinan orang ramai terhadap buah strawberi

(Gambar: Mohammed Abed/AFP)

Diterbitkan : 27 Sep 2018 06:09PM Dikemas Kini : 27 Sep 2018 06:16PM

SYDNEY: Rakyat Australia perlu memberi sokongan kepada para petani yang terjejas akibat insiden jarum yang ditemui dalam strawberi, kata Perdana Menteri negara itu, Scott Morrison pada Khamis (27 Sep).

Encik Morrison menggariskan langkah kawalan eksport lebih ketat sedang krisis jarum disembunyi dalam buah-buah strawberi di merata negara itu merebak ke luar negara.

Beliau juga memberikan perincian mengenai langkah-langkah yang disokong oleh pemerintah untuk memulihkan keyakinan dalam industri itu, termasuk biaya untuk menyemak bungkusan yang tidak mudah diusik serta pengenalan X-ray dan pembalutan mengecut bagi eksport baru-baru ini.

"Usaha juga sedang dijalankan bagi menyokong komunikasi menerusi rangkaian bekalan ke pasaran-pasaran antarabangsa," kata Encik Morrison kepada para wartawan semasa mengunjungi sebuah ladang di Queensland.

Industri itu berdepan dengan satu siri insiden sejak beberapa minggu lalu - kebanyakannya melibatkan perbuatan meniru, menyebabkan para pembeli khuatir dan polis berusaha sedaya upaya untuk mencari pihak yang memulakannya.

Krisis itu turut merebak ke luar negara. Minggu lalu, jarum ditemui di dalam bekas buah strawberi di New Zealand, menyebabkan pihak berkuasa negara itu untuk menjalankan lebih banyak langkah pemeriksaan.

Pada Khamis (27 Sep), pasar raya NTUC FairPrice di Singapura mengesahkan bahawa ia sudahpun menghentikan semua import buah strawberi dari Australia sejak 24 September sebagai "langkah berjaga-jaga".

Penjualan buah strawberi merosot 10 peratus sejak laporan tentang perbuatan sabotaj didedahkan, menurut FairPrice.

"Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti. Prosedur dan protokol keselamatan makanan kami juga disiapkan sekiranya kami harus menarik balik sebarang produk sebagai mematuhi nasihat-nasihat pihak berkuasa," kata jurucakap FairPrice kepada AFP.  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita