Skip to main content

Dunia

Australia berjaya rampas 'ice' bernilai AUD1 bilion

Australia berjaya merampas dadah methamphetamine atau "ice" bernilai AUD1 bilion (S$1.04 bilion).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Dec 2017 07:29PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 09:42PM

AUSTRALIA: Australia berjaya merampas dadah methamphetamine atau "ice" bernilai AUD1 bilion (S$1.04 bilion).

Rampasan tersebut yang terbesar dalam sejarah Australia dan ia dilakukan di pelabuhan Geraldton, wilayah Australia Barat awal pagi semalam (21 Dis).

Hasil siasatan enam bulan pihak berkuasa melakukan serbuannya ketika "ice" sebanyak 1.2 tan itu dipunggah ke dalam sebuah van dari sebuah bot dipercayai tiba dari China.

Lapan lelaki, kesemuanya rakyat Australia, ditangkap dan mereka menghadapi hukuman penjara seumur hidup.

Australia mempunyai jumlah pengguna "ice" per kapita tertinggi di dunia.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita