Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia beri amaran mengenai laman niat jahat susuli gangguan siber seluruh dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Australia beri amaran mengenai laman niat jahat susuli gangguan siber seluruh dunia

Syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways menyatakan penerbangannya tertangguh tetapi masih beroperasi. (Gambar: AFP)

SYDNEY: Agensi risikan siber Australia memberi amaran pada Sabtu (20 Jul) mengenai laman berniat jahat dan kod tidak rasmi yang diterbitkan online, yang mendakwa ia mengandungi huraian kepada gangguan IT yang menjejas seluruh dunia pada Jumaat.

Australia merupakan salah satu negara yang terjejas oleh gangguan IT CrowdStrike yang mencetuskan keadaan huru-hara di seluruh dunia.

Pada Sabtu, Direktorat Isyarat Australia (ASD) - agensi perisikan siber negara itu - mendedahkan bahawa beberapa laman web berniat jahat dan kod tidak rasmi dikeluarkan yang mendakwa membantu entiti pulih daripada gangguan meluas yang disebabkan oleh insiden teknikal CrowdStrike.

Di lamannya, agensi risikan itu menyatakan pusat keselamatan sibernya sangat menggalakkan semua pengguna supaya mendapatkan maklumat teknikal dan kemas kini daripada sumber rasmi sahaja.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata pada Jumaat bahawa gangguan IT yang berlaku tidak menjejas infrastruktur penting, khidmat pemerintah atau sistem panggilan kecemasan di negara itu.

CrowdStrike merupakan penyedia khidmat keselamatan siber utama, dengan hampir 30 ribu pelanggan di seluruh dunia.
Sumber : Reuters/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan