Australia benarkan lagi 450 warganya pulang dari luar negara sebelum akhir 2020
Australia akan membenarkan lagi 450 rakyatnya untuk pulang ke negara itu sebelum akhir tahun ini. Jumlah itu tinggi sedikit daripada had yang ditetapkan dalam usaha untuk mengurangkan risiko kes jangkitan baru yang diimport, kata Perdana Menteri Australia Scott Morrison pada Sabtu (7 Nov).
(Gambar: Reuters)
SYDNEY: Australia akan membenarkan lagi 450 rakyatnya untuk pulang ke negara itu sebelum akhir tahun ini. Jumlah itu tinggi sedikit daripada had yang ditetapkan dalam usaha untuk mengurangkan risiko kes jangkitan baru yang diimport, kata Perdana Menteri Australia Scott Morrison pada Sabtu (7 Nov).
Sejak Julai, Australia mengehadkan jumlah penduduk tempatan yang dibenarkan pulang dari luar negara setiap minggu dalam usaha mengurangkan ancaman penularan COVID-19.
Australia membenarkan 6,315 rakyatnya dan penduduk tempat untuk pulang ke negara itu setiap minggu.
Namun dengan ribuan penduduk yang masih terkandas di luar negara dan tekanan yang meningkat, Encik Morrison berkata negeri Tasmania bersetuju untuk menyediakan tempat tinggal bagi 450 lagi penduduk untuk menjalani kuarantin di sana.
"Kami sedang mencuba setiap pilihan bagi membantu seramai mungkin warga Australia pulang secepat mungkin," kata Encik Morrison dalam satu kenyataan menerusi emel.
Penularan kedua COVID-19 di Australia bermula selepas individu-individu yang pulang dari luar negara di negeri Victoria menyebabkan penularan virus itu kepada pekerja hotel ketika menjalani kuarantin wajib 14 hari. Pekerja berkenaan, kemudian menjangkiti oarng lain dalam masyarakat.
Setelah kes jangkitan harian di wilayah itu melebihi 700 orang, Victoria meletakkan hampir lima juta penduduk di sekitar Melbourne di bawah perintah berkurung ketat selama lebih 100 hari.
Langkah itu berjaya membendung penularan virus dan pada Sabtu (7 Nov), negeri Victoria melaporkan hari kelapan berturut-turut tanpa sebarang kes COVID-19.
Australia mencatat sekitar 27,600 kes COVID-19 dan 907 kematian, jauh lebih rendah berbanding sebilangan besar negara maju yang lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.