Australia bebaskan lelaki bertanggunjawab atas pembunuhan Altantuya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: PDRM, AFP)
SYDNEY: Seorang pegawai polis yang didakwa membunuh wanita Mongolia dibebaskan dari tahanan di Australia, selepas ditahan selama sembilan tahun.
Demikian menurut sumber pemerintah yang mengetahui isu tersebut pada Isnin (13 Nov).
Sirul Azhar Umar dan seorang lagi pegawai polis, Azilah Hadri, dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah di Malaysia, atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 28 tahun.
Wanita itu merupakan jurubahasa kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.
Sirul diberkas atas notis Interpol dan ditahan oleh pusat tahanan imigresen Australia sejak Januari 2015, selepas dia melarikan diri dari Malaysia tidak lama sebelum hukuman dijatuhkan.
Pembebasannya berlaku beberapa hari selepas keputusan penting oleh Mahkamah Tinggi Australia dibuat, yang melarang penahanan imigresen tanpa had. Oleh itu, puluhan pemohon suaka dibebaskan.
Sirul, yang tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, kini menetap bersama anak lelakinya di Canberra, lapor media tempatan Australia pada Ahad (12 Nov).
Pegawai polis tertinggi Malaysia Razarudin Husain mengesahkan berita pembebasan Sirul dari pusat penahanan Australia dan berkata bahawa polis akan berbincang bersama Peguam Negara, serta mahkamah tentang kemungkinan untuk membawanya pulang.
Pada April, Malaysia meluluskan rang undang-undang untuk memansuhkan hukuman mati manditori, yang membenarkan individu yang berdepan hukuman tersebut untuk memohon supaya hukuman mereka disemak.

Di bawah undang-undang Australia, seorang individu tidak boleh dihantar pulang ke negara asal jika mereka berdepan hukuman mati. Azilah, individu yang tertuduh bersama Sirul, masih berdepan hukuman mati di Malaysia.
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.