Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia bakal haramkan TikTok pada telefon rasmi pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:
Australia bakal haramkan TikTok pada telefon rasmi pemerintah

(Gambar: Mario Tama/Getty Images/AFP)

CANBERRA: Australia mengikut jejak langkah beberapa negara mengharamkan aplikasi TikTok dalam telefon pemerintah atas sebab keselamatan.

Pengumuman berkaitan pengharaman itu dijangka dibuat minggu ini.

Menurut laporan media tempatan, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese bersetuju dengan larangan itu selepas selesai semakan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri.

Wilayah Victoria juga akan mengharamkan aplikasi video pendek itu daripada telefon pemerintah.

Sebelum ini Amerika Syarikat (AS), Britain, New Zealand, Kanada, Belgium dan Suruhanjaya Eropah menguatkuasakan larangan muat turun aplikasi itu daripada peranti rasmi atas kebimbangan keselamatan.

TikTok kini menjadi perhatian atas kebimbangan ia dijadikan alat untuk pemerintah China memperolehi data pengguna.

Sementara itu, Pengurus Besar TikTok Australia, Lee Hunter berkata syarikat tersebut kecewa dengan larangan yang diumumkan menerusi media itu.

Hunter menegaskan tiada bukti yang mengesahkan TikTok dalam apa cara sekalipun menjadi risiko keselamatan kepada warga Australia dan tidak seharusnya dilayan secara berbeza dengan platform media sosial yang lain.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan