Australia akan bangunkan kemudahan pengeluaran vaksin; hasilkan jutaan dos vaksin mRNA COVID-19
Australia pada Selasa (14 Dis) mendedahkan rancangan untuk menghasilkan jutaan dos vaksin mRNA setiap tahun di Australia selepas bersetuju untuk membina kemudahan pembuatan terbesarnya di luar Amerika Syarikat dan Eropah.
Orang ramai beratur untuk mendapatkan vaksin di Sydney. (Gambar: REUTERS)
MELBOURNE: Australia pada Selasa (14 Dis) mendedahkan rancangan untuk menghasilkan jutaan dos vaksin mRNA setiap tahun di Australia selepas bersetuju untuk membina kemudahan pembuatan terbesarnya di luar Amerika Syarikat dan Eropah.
Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata usaha itu bukan sahaja dapat memenuhi keperluan Australia, malah negara-negara jiran di Asia Pasifik.
Pengumuman itu dibuat ketika New South Wales melaporkan kenaikan tertinggi dalam jumlah kes harian COVID-19 sejak langkah sekatan pergerakan yang berlangsung selama hampir empat bulan berakhir pada awal Oktober.
Varian Delta menyumbang kepada sebahagian besar 804 kes COVID-19 yang dilaporkan pada Selasa, di samping peningkatan jumlah kes melibatkan varian Omicron.
Walaupun jumlah kes baru meningkat, pelonggaran langkah-langkah sekatan di Sydney akan tetap dilaksanakan mulai Rabu (15 Dis).
Ia berikutan gesaan orang ramai untuk mendapatkan suntikan dos penggalak bagi mengekang ancaman Omicron.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.