Aung San Suu Kyi tidak sihat tetapi permintaan dapatkan doktor luar ditolak junta Myanmar
Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin negara Myanmar Aung San Suu Kyi. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
MYANMAR: Mantan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi yang ditahan dilaporkan dalam keadaan tidak sihat.
Permintaannya untuk mendapatkan doktor dari luar ditolak pemimpin tentera negara tersebut, kata sumber dekat dengannya serta pemerintah bayangan yang taat kepada Cik Suu Kyi pada Selasa (5 Sep).
Pemenang Nobel 78 tahun itu sedang dirawat oleh doktor dari jabatan penjara.
"Gusinya bengkak dan tidak dapat makan dengan baik, rasa pening kepala serta muntah-muntah," kata sumber tersebut yang tidak ingin dikenali kerana khuatir akan ditangkap.
Jurucakap junta tentera Myanmar tidak membalas panggilan Reuters.

Cik Suu Kyi dipindahkan dari penjara di ibu kota Naypyitaw kepada tahanan dalam rumah pada Julai lalu.
Kerajaan Perpaduan Nasional Myanmar (NUG), yang ditubuhkan oleh pemerintah tentera pembangkang dan baki penyokongnya daripada pemerintahan Cik Suu Kyi sebelum itu, berkata bahawa kesihatan dan keselamatan tahanan politik adalah tanggungjawab tentera junta.
"Masyarakat antarabangsa harus mengenakan tekanan ke atas junta mengenai soal kesihatan dan keselamatan semua tahanan politik termasuk Aung San Suu Kyi," kata Kyaw Zaw, jurucakap Kerajaan Perpaduan Nasional, kepada Reuters.
Banyak negara asing termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Britain telah menuntut agar Cik Suu Kyi dibebaskan tanpa syarat bersama ribuan tahanan politik Myanmar yang lain.
Mereka juga telah mengenakan sekatan-sekatan keatas kepimpinan tentera negara itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.