Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aung San Suu Kyi dipindahkan dari penjara ke penahanan dalam rumah

Anggaran Waktu Membaca:
Aung San Suu Kyi dipindahkan dari penjara ke penahanan dalam rumah

Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi. (Gambar: AFP/THET AUNG)

YANGON: Mantan pemimpin Myanmar yang digulingkan dan pemenang Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi telah dipindahkan dari penjara ke penahanan dalam rumah, dedah jurucakap pemerintah tentera kepada pihak media.

"Memandangkan cuaca sangat panas, bukan sahaja Aung San Suu Kyi... Bagi mereka yang memerlukan langkah berjaga-jaga, terutamanya banduan warga emas, kami sedang berusaha untuk melindungi mereka daripada strok haba," menurut jurucakap junta, Mejar Jeneral Zaw Min Tun dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh empat saluran media pada Selasa (16 Apr).

Namun, tidak diketahui di mana Cik Suu Kyi akan dipindahkan.

Sebelum ini, Cik Suu Kyi pernah dikenakan penahanan dalam rumah selama 15 tahun di tasik Inya, Yangon di bawah pentadbiran junta lalu, di mana Cik Suu Kyi menyampaikan ucapan kepada para penyokongnya di luar kediaman tersebut.

Cik Suu Kyi, 78 tahun, diberkas oleh tentera Myanmar sejak pemerintahnya digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2021. Beliau berdepan hukuman penjara selama 27 tahun atas beberapa tuduhan seperti perbuatan khianat, rasuah dan melanggar undang-undang telekomunikasi, dengan kesemua tuduhan itu ditolak oleh Cik Suu Kyi.

Jurucakap Pemerintah Perpaduan Nasional (NUG) menggesa pembebasan tanpa syarat bagi Cik Suu Kyi dan U Win Myint, presiden Myanmar yang digulingkan, yang juga telah dipindahkan ke penahanan dalam rumah, menurut laporan media.

"Memindahkan mereka dari penjara ke rumah adalah satu langkah yang baik, kerana rumah lebih baik daripada penjara. Sungguhpun demikian, mereka harus dibebaskan tanpa sebarang syarat. Mereka mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kesihatan dan keselamatan Aung San Suu Kyi dan U Win Myint," kata jurucakap Kyaw Zaw kepada Reuters pada Selasa (16 Apr).
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan