Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aung San Suu Kyi dipenjara 4 tahun

Junta Myanmar pada Isnin (6 Dis) menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

Anggaran Waktu Membaca:
Aung San Suu Kyi dipenjara 4 tahun

Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi yang digulingkan oleh junta tentera. (Gambar fail: Ye Aung Thu/AFP)

Diterbitkan : 06 Dec 2021 04:24PM Dikemas Kini : 06 Dec 2021 04:25PM

YANGON: Junta Myanmar pada Isnin (6 Dis) menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

Cik Suu Kyi didapati bersalah kerana menghasut terhadap tentera dan melanggar peraturan COVID-19, menurut jurucakap junta kepada AFP.

Ini adalah keputusan pertama mahkamah dalam perbicaraan melibatkan pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu.

Cik Suu Kyi, 76 tahun ditahan sejak jeneral tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu, sekali gus menamatkan tempoh demokrasi di negara Asia Tenggara itu.

Sejak itu, beliau dikenakan beberapa siri tuduhan termasuk melanggar akta rahsia rasmi, rasuah, penipuan pilihan raya serta bakal berdepan hukuman puluhan tahun jika didapati bersalah.

Pada Isnin, Cik Suu Kyi dihukum penjara dua tahun kerana menghasut rakyat untuk menentang pemerintahan tentera dan dua tahun lagi kerana melanggar undang-undang bencana alam berkaitan dengan COVID, kata jurucakap junta, Zaw Min Tun kepada AFP menerusi panggilan telefon.

Bekas Presiden, Win Myint juga dipenjarakan selama empat tahun di bawah tuduhan sama dan kedua-dua pemimpin itu belum dihantar ke penjara.

Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International segera mengutuk hukuman ke atas Cik Suu Kyi sebagai satu lagi tindakan tentera untuk menghapuskanpembangkang dan menyekat kebebasan di Myanmar.

Penasihat Kanan Kumpulan Krisis Antarabangsa di Myanmar, Richard Horsey pula memberitahu AFP, hukuman tersebut bersifat "balas dendam dan mempamerkan kuasa tentera".  

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan