Aung San Suu Kyi didapati bersalah lagi, ahli ekonomi Australia dipenjara 3 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
BANGKOK: Mahkamah di Myanmar di bawah pemerintahan tentera mendapati bekas pemimpin Aung San Suu Kyu bersalah dalam satu lagi kes jenayah pada Khamis (29 Sep) dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada ahli ekonomi Australia Sean Turnell kerana melanggar akta rahsia rasmi Myanmar, kata seorang pegawai undang-undang.
Cik Suu Kyi akan dipenjarakan selama tiga tahun selepas dibicarakan dan disabit kesalahan bersama Turnell di bawah di bawah undang-undang rahsia, kata pegawai itu, dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan kerana beliau tidak diberi keizinan untuk mengeluarkan maklumat mengenai kes tersebut. Tiga anggota kabinet Cik Suu Kyi juga didapati bersalah dan setiap seorang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.
Turnell, seorang profesor madya ekonomi di Universiti Macquarie Sydney, pernah berkhidmat sebagai penasihat kepada Cik Suu Kyi, yang ditahan di ibu negara Naypyitaw apabila pemerintah yang dilantik pimpinannya digulingkan tentera pada 1 Februari 2021.
Dia sudah ditahan selama hampir 20 bulan. Dia diberkas lima hari selepas tentera mengambil alih kuasa,di sebuah hotel di Yangon, bandar terbesar di negara itu, sementara menunggu kereta untuk membawanya ke lapangan terbang antarabangsa di bandar tersebut.
Dia tiba semula di Myanmar dari Australia untuk menyandang jawatan baru sebagai perunding khas kepada Cik Suu Kyi kurang sebulan sebelum dia ditahan. Sebagai pengarah Institut Pembangunan Myanmar, beliau sudah pun menetap di Naypyitaw selama beberapa tahun.
Sehari selepas tentera mengambil alih kuasa, dia menghantar mesej di Twitter bahawa dia: “Selamat buat masa ini tetapi patah hati atas apa maknanya semua ini bagi rakyat Myanmar. Orang-orang yang paling berani, paling baik yang saya kenal. Mereka berhak mendapat yang lebih baik.”
Dia didakwa bersama Cik Suu Kyi dan tiga bekas menteri Kabinet berdasarkan dokumen-dokumen yang dirampas daripadanya. Butiran sebenar kesalahan mereka belum didedahkan kepada orang ramai, walaupun televisyen negara tahun lalu melaporkan bahawa Turnell mempunyai akses kepada "maklumat rahsia kewangan negara" dan cuba melarikan diri dari negara itu.
Turnell dan Cik Suu Kyi bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut semasa mereka memberi keterangan untuk membela diri di perbicaraan pada Ogos lalu.

Sumber : AP/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.