Aung San Suu Kyi dibicarakan atas tuduhan salah laku dalam pilihan raya
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi yang digulingkan oleh junta tentera. (Gambar fail: Ye Aung Thu/AFP)
MYANMAR: Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi dibicarakan hari ini atas tuduhan salah laku dalam pilihan raya.
Tuduhan yang dikenakan November lalu itu mendakwa Cik Suu Kyi mempengaruhi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Myanmar pada 2020.
Pemenang hadiah Nobel itu bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.
Perbicaraan hari ini adalah yang terbaru ke atas Cik Suu Kyi, yang secara keseluruhan mungkin dijatuhi hukuman penjara lebih 150 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.