Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aung San Suu Kyi beri keterangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)

Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi akan mula memberi keterangannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini (11 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Dec 2019 05:33PM Dikemas Kini : 11 Dec 2019 09:01PM

THE HAGUE: Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi akan mula memberi keterangannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini (11 Dis).

Beliau akan cuba membela negaranya yang dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai berkaitan dengan para penduduk Muslim Rohingya di wilayah Rakhine, dua tahun lalu.

Gambia memfailkan pertuduhan itu bagi pihak Pertubuhan Kerjasama Islam.

Negara kecil di Afrika itu yang ramai penduduk Muslim meminta ICJ supaya mengarahkan Myanmar melaksanakan langkah-langkah khas bagi melindungi orang-orang Rohingya sehinggalah perbicaraan kes itu selesai.

Permintaan tersebut termasuk arahan kepada tentera Myanmar supaya segera menghentikan sebarang bentuk tindakan ganas.

Pemerintah Myanmar sebelum ini menafikan dengan keras pertuduhan tentang pembunuhan beramai-ramai itu.

Ia juga menyatakan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan kesalahan sekiranya ada cukup bukti.

Dalam keterangannya kelak Cik Suu Kyi dijangka memberitahu para hakim ICJ bahawa tentera Myanmar melakukan operasi yang sah dari segi undang-undang terhadap militan-militan Rohingya.

Beliau juga dijangka berhujah bahawa ICJ tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadili kes itu.

ICJ dijangka memberikan keputusannya dalam masa beberapa minggu lagi. 

Sumber : AFP/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan