AUKUS dedah rancangan sediakan Australia kapal selam berkuasa nuklear

Presiden AS Joe Biden (tengah) berucap di samping PM Britain Rishi Sunak (kanan) dan PM Australia Anthony Albanese (kiri) di sidang media semasa sidang puncak AUKUS paa 13 Mac 2023 di Pangkalan Tentera Point Loma di San Diego, California. (Gambar: AFP)
China membidas perjanjian itu dengan menyifatkannya sebagai tindakan terang-terangan untuk mengancam keamanan dan kestabilan serantau.
Presiden AS Joe Biden bagaimanapun menekankan perjanjian itu bukan mengenai Australia memperolehi senjata nuklear.
"Kapal selam itu berkuasa nuklear bukan bersenjatakan nuklear. Australia adalah sebuah negara yang bebas senjata nuklear dan komited untuk kekal sebegitu," tegas Encik Biden.
Beijing menyatakan pelan itu bercanggah dengan sistem mengekang pertambahan senjata antarabangsa dan mencetuskan lagi perlumbaan senjata.
Australia menyatakan pihaknya sudah menawarkan taklimat kepada China tetapi belum menerima sebarang respons.
Beijing juga menyifatkan perjanjian AUKUS itu sebagai usaha Washington untuk mengongkong China.
Presiden China Xi Jinping berikrar untuk meningkatkan keselamatan negara dan membina kekuatan tenteranya agar menjadi "sebuah dinding besi".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.