Auckland siap sedia dilanda kesan ribut Gabrielle
Para pekerja kecemasan dan seorang lelaki meredah air banjir di Auckland, New Zealand pada 27 Jan 2023. (Gambar: AP/New Zealand Herald/Hayden Woodward)
Status Gabrielle telah diturunkan daripada taufan Kategori 2 kepada sistem tekanan udara rendah setelah ia melepasi Pulau Norfolk di Australia. Pihak pengurusan kecemasan Australia menyatakan taufan itu tidak membadai secara langsung pulau itu.
Perhatian kini tertumpu kepada New Zealand di mana para pegawai kaji cuaca negara itu memberi amaran bahawa kesan ribut Gabrielle akan mula dirasakan pada Ahad (12 Feb).
Ia termasuk angin kencang, hujan lebat dan ombak besar. Bandar terbesar Auckland diramalkan turut mengalami kesannya.
Kira-kira dua minggu lalu Auckland mengalami banjir besar akibat hujan terlalu lebat. Empat orang meninggal dunia dalam bencana alam itu
Pihak Perkhidmatan Kecemasan Auckland memberi amaran bahawa bandar tersebut mungkin dilanda angin kencang pada malam Ahad (12 Feb), dengan tiupan angin sekencang 140 kilometer sejam atau lebih mulai Isnin (13 Feb).
Lantaran itu, syarikat penerbangan Air New Zealand sudah membatalkan berpuluh penerbangan antarabangsa dan tempatan yang dijadualkan tiba atau berlepas dari Auckland, esok (13 Feb).
Datuk Bandar Auckland, Wayne Brown, menggesa para penduduk untuk bersiap sedia, termasuk mengikat barang-barang di luar rumah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.