Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aturan perjalanan S'pura-Australia mungkin dilaksanakan 'dalam masa seminggu', kata PM Scott Morrison

Australia sedang dalam "tahap akhir" rundingan dengan Singapura untuk melaksanakan aturan perjalanan baru antara kedua-dua negara "dalam sekitar seminggu", kata Perdana Menteri Scott Morrison pada pagi ini (22 Okt) .

Anggaran Waktu Membaca:
Aturan perjalanan S'pura-Australia mungkin dilaksanakan 'dalam masa seminggu', kata PM Scott Morrison

Petikan skrin video sidang media Perdana Menteri Australia Scott Morisson pada 22 Okt 2021. (Gambar: Facebook/Scott Morrison)

Diterbitkan : 22 Oct 2021 08:39AM Dikemas Kini : 22 Oct 2021 08:42AM

SINGAPURA: Australia sedang dalam "tahap akhir" rundingan dengan Singapura untuk melaksanakan aturan perjalanan baru antara kedua-dua negara "dalam sekitar seminggu", kata Perdana Menteri Scott Morrison pada pagi ini (22 Okt) .

Perbincangan tertumpu kepada isu membolehkan pelajar dan pelawat perniagaan yang lengkap divaksin memanfaatkan aturan itu terlebih dahulu, sebelum dibuka kepada pelancong, lapor The Sydney Morning Herald.

Aturan khas perjalanan itu akan bergantung kepada syarat kuarantin di setiap wilayah, namun New South Wales dan Victoria sudahpun menggugurkan syarat kuarantin hotel wajib bagi pelancong antarabangsa yang sudah divaksin sejak 1 November, menurut laporan itu.

"Langkah pertama adalah membawa pulang warga Australia," kata Encik Morrison.

Negara itu kemudian akan menyambut mereka yang mempunyai visa pelajar, pelawat perniagaan, karyawan hijrahan dan pelawat antarabangsa, mengikut urutan itu, katanya.

Encik Morrison menambah Australia mungkin menyambut pelawat antarabangsa "sebelum hujung tahun" tetapi negara itu tidak akan tergesa-gesa untuk membuka semula sempadannya, dengan menekankan bahawa tujuannya adalah "membuka semula dengan selamat agar kita dapat tetap membuka sempadan dengan selamat".

Mengulas pengumuman itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau sangat "berbesar hati" dalam satu kenyataan di Facebook.

"Singapura dan Australia mempunyai hubungan ekonomi dan pelaburan yang kukuh, serta pertalian mesra antara penduduk.

"Sangat mengalu-alukan keterhubungan rapat antara kedua-dua negara disambung semula sedang kita bergerak menuju ke masa depan endemik COVID," kata PM Lee.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan