Aturan khas pengundian bagi pengundi di rumah jagaan dihenti susuli semakan ELD
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Try Sustrino Foo)
SINGAPURA: Aturan khas pengundian untuk pengundi di rumah jagaan akan dihentikan menyusuli kajian semula program perintis, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Selasa (15 Okt).
Aturan pengundian itu dirintis di 31 rumah jagaan semasa Pilihan Raya Presiden 2023, dan bertujuan untuk ELD menilai nilai aturan khas pengundian sedemikian dalam pilihan raya akan datang, menurutnya dalam satu kenyataan media.
Aturan itu terdiri daripada dua cara: Sebuah pusat mengundi yang disediakan di premis rumah jagaan untuk penghuni membuang undi, dan pengundian bergerak, di mana pegawai pilihan raya membawa peti undi dan kertas undi terus kepada penghuni supaya mereka boleh mengundi dari katil mereka.
ELD menyatakan bahawa ia menerima maklum balas dan membuat pemerhatian utama daripada usaha perintis itu, termasuk "kapasiti mental pengundi yang terhad" dan risiko kerahsiaan pengundian terjejas.
Aturan itu juga "mencabar dari segi operasi dan memerlukan begitu banyak sumber", tambahnya.
ELD memberitahu Mediacorp bahawa 3,157 penghuni rumah jagaan mengundi pada Pilihan Raya Presiden 2023.
"Penghuni rumah jagaan boleh terus mengundi di pusat mengundi yang ditetapkan," menurut jabatan itu.
"ELD ingin merakamkan penghargaan kami kepada pengendali dan kakitangan rumah jagaan yang bekerja dengan kami dalam usaha perintis ini."
MAKLUM BALAS DAN PEMERHATIAN
Selepas Pilihan Raya Presiden tahun lalu, ELD menjalankan kajian semula program perintis tersebut.
Satu pemerhatian utama ialah "kapasiti mental terhad" pengundi di rumah jagaan, menurut ELD.
"Kedua-dua pegawai pilihan raya dan wakil parti politik memerhatikan bahawa, walaupun terdapat arahan dan penjelasan daripada pegawai pilihan raya, ramai penghuni tidak memahami mengapa mereka mengundi dan sejauh mana pentingnya undi mereka," tambahnya.
"Oleh itu, bahagian undi yang ditolak adalah tinggi."
Daripada jumlah undian di rumah jagaan, 15.3 peratus undian ditolak, terutamanya disebabkan undi kosong. Ini berbanding dengan 2 peratus undi ditolak secara umumnya.
ELD menyatakan bahawa aturan khas itu juga berisiko menjejaskan kerahsiaan pengundian.
Walaupun terdapat langkah-langkah untuk memastikan kerahsiaan pengundian semasa pengundian bergerak, seperti menyediakan tempat mudah alih untuk pengundi menanda kertas undi mereka dan memerlukan semua pegawai pilihan raya berdiri jauh dari katil pengundi, masih terdapat kebimbangan mengenai kerahsiaan, menurut ELD.
"Ini disebabkan jarak dekat katil antara satu sama lain," tambahnya.
Terdapat juga cabaran operasi.
"Kira-kira 20 pegawai pilihan raya ditempatkan di setiap rumah jagaan untuk berkhidmat kepada kira-kira 300 atau (kurang) pengundi di rumah jagaan sementara bilangan pegawai pilihan raya yang sama berkhidmat kepada antara 2,501 hingga 3,000 pengundi di setiap pusat pengundian biasa," tambah ELD.
Kira-kira 300 kakitangan rumah jagaan turut membantu memudahkan urusan aturan khas pengundian di rumah jagaan itu.
Beberapa pengendali rumah jagaan memberitahu ELD bahawa aturan khas pengundian itu mencabar dari segi operasi kerana ia meletakkan tuntutan tambahan ke atas kakitangan rumah jagaan, di samping tugas utama menjaga penghuni.
Memandangkan "tambahan kerumitan operasi" untuk melaksanakan aturan khas pengundian dalam Pilihan Raya Umum, ELD akan menghentikan aturan sedemikian di rumah jagaan, tambahnya.
Semasa Pilihan Raya Presiden yang lalu, wakil parti politik dibenarkan untuk memerhatikan perjalanan aturan khas pengundian di rumah jagaan yang ditetapkan, kerana ia adalah kali pertama aturan sedemikian digunakan.
Jika aturan khas pengundian digunakan dalam Pilihan Raya Umum akan datang, "kerumitan tambahan" mungkin termasuk perlu menguruskan sejumlah besar ejen pengundian daripada parti politik yang memerhati proses di rumah jagaan, kerana penghuni akan mengundi di divisyen pilihan raya yang berbeza, tambah ELD.
Pilihan Raya Umum akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada November 2025. Ia akan menjadi yang pertama di bawah Perdana Menteri Lawrence Wong dan pasukan kepimpinan 4G beliau.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.