Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ATM diletupkan, wang tunai RM300,000 dicuri

Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Jalan Haji Mustafa Raja Kamala, Tanjung Malim diletupkan sebelum wang tunai dianggarkan kira-kira RM300,000 (S$99,100) dilarikan sekumpulan perompak.

Anggaran Waktu Membaca:
ATM diletupkan, wang tunai RM300,000 dicuri

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Aug 2019 05:19PM Dikemas Kini : 12 Aug 2019 05:21PM

TANJUNG MALIM: Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Jalan Haji Mustafa Raja Kamala, Tanjung Malim diletupkan sebelum wang tunai dianggarkan kira-kira RM300,000 (S$99,100) dilarikan sekumpulan perompak.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi hari ini (12 Ogos).

Hasil siasatan awal katanya mendapati pihak bank berkenaan memasukkan wang tunai sebanyak RM300,000 (S$99,100) ke dalam mesin ATM tersebut pada petang semalam.

"Tiga buah mesin ATM rosak dipercayai telah diletupkan dengan cermin berhampiran mesin itu turut pecah yang mana banyak kaca bertaburan di kaki lima bank tersebut.

"Terdapat kesan cecair bahan kimia di dalam kawasan parkir dipercayai digunakan untuk meletupkan mesin ATM bank itu dan kita menemui tiga kesan tompokan darah dipercayai kesan kecederaan suspek ketika cuba melarikan wang dari bank itu," katanya.

Supt Wan Kamarul Azran berkata bagaimanapun jumlah kerugian sebenar belum dapat dipastikan dan pihaknya sedang menunggu Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Ipoh untuk membantu siasatan kes rompakan tersebut.

Sumber : Bernama/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan