Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Atlit Paralimpik Britain bakal jadi angkasawan kurang upaya pertama dunia

Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Atlit Paralimpik Britain John McFall bakal menjadi angkasawan kurang upaya yang pertama di dunia.

Dia adalah antara 17 calon-calon angkasawan yang dipilih daripada 22,500 pemohon program Agensi Angkasa Eropah (ESA).

ESA membuka pembukaan bagi mereka yang mampu lulus ujian psikoligikal, kognitif dan ujian lain yang sukar. Ia merupakan cabaran yang dapat menghalang mereka untuk menjadi angkasawan disebabkan kekangan pada alat perkakas yang sedia ada memandangkan ketidakupayaan mereka.

Para angkasawan akan melalui latihan asas di Pusat Latihan Angkasawan yang terletak di Jerman selama setahun sebelum memulakan latihan bekerja di stesen angkasa menurut ESA.

McFall hilang kaki kanannya dalam satu kemalangan sewaktu berusia 19 tahun.

Doktor 31 tahun itu akan membantu jurutera ESA mereka perubahan pada alat perkakas yang diperlukan untuk membuka penerbangan angkasa profesional kepada kumpulan calon bertauliah yang lebih luas, menurut agensi itu.

"Saya rasa mesej yang ingin saya sampaikan kepada generasi akan datang adalah sains adalah untuk semua dan penerbangan ke angkasa diharapkan boleh dilalui oleh semua," kata Mcfall.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan