Atlit Jepun 87 tahun menang pingat emas larian pecut 100 meter kejohanan World Masters Athletics
Atlit Jepun Hiroo Tanaka, 87 tahun, memenangi pingat emas bagi acara larian pecut 100 meter kejohanan World Masters Athletics.
MALAGA, ESPANYOL: Atlit Jepun Hiroo Tanaka, 87 tahun, memenangi pingat emas bagi acara larian pecut 100 meter kejohanan World Masters Athletics.
Kejohanan itu dikhaskan bagi para atlit berusia 35 tahun ke atas dan Tanaka memenangi acara larian pecut kategori 85-89 tahun.
Meskipun tidak dapat memecahkan rekod kejohanan, Tanaka berjaya mendahului perlumbaan itu dengan masa 16.67 saat.
Ini adalah kejayaan terbaru Tanaka yang hanya mula menjadi atlit semasa usianya mencecah 60 tahun.
Beliau juga akan bersaing dalam peringkat akhir acara 200 meter kejohanan tersebut.
Tanaka yang dahulunya seorang guru dari bandar Aomori Jepun juga akan menyertai acara 400, 800, 4x400 dan 1,500 meter di World Masters Athletics yang diadakan di Malaga, Espanyol.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.