AstraZeneca bakal belanja S$540 juta untuk tanam 200 juta pokok, kurangkan jejak karbon
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Jonathan Nackstrand)
LONDON: Syarikat pengeluar ubat Britain AstraZeneca pada Rabu (28 Jun) mengumumkan bahawa ia akan melabur AS$400 juta (S$540 juta) untuk menanam lebih 200 juta pokok menjelang 2030.
Ia antara salah satu strateginya untuk mengurangkan pelepasan karbon sejajar dengan Perjanjian Paris.
Komitmen tersebut akan menelan belanja AS$60 juta (S$81 juta) setahun buat salah satu syarikat yang disenaraikan paling berharga di United Kingdom itu, yang mempunyai permodalan pasaran sekitar AS$230 bilion (S$310 juta).
AstraZeneca meraih keuntungan sekitar AS$44 bilion (S$59 bilion) pada 2022.
Namun, komitmen kemampanan baru itu lebih besar daripada yang dibuat sebelum ini. Pada 2020, syarikat tersebut mengumumkan ia akan menanam dan menjaga lebih 50 juta pokok menjelang hujung 2025.
AstraZeneca mengumumkan pada awal bulan ini bahawa ia akan beralih menggunakan biogas dihasilkan oleh najis lembu dan sisa makanan di Amerika Syarikat, untuk mengurangkan pelepasan karbon di negara itu.
Menurut para pengkaji, kebanyakan industri farmaseutikal dan biotek masih belum menetapkan sasaran untuk mengurangkan pelepasan karbon sejajar dengan Perjanjian Paris.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.