Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Asteroid besar bakal hampiri bumi 21 Mac - NASA

Agensi angkasa Amerika itu menyatakan, keadaan tersebut akan membolehkan ahli astronomi melihat lebih dekat keadaan sebuah asteroid.

Anggaran Waktu Membaca:
Asteroid besar bakal hampiri bumi 21 Mac - NASA

Bahagian dalam kemudahan teleskop infrared NASA. (Gambar: Handout / NASA / AFP)

Diterbitkan : 12 Mar 2021 06:03PM Dikemas Kini : 12 Mar 2021 06:07PM

WASHINGTON: Asteroid terbesar dijangka menghampiri bumi akan berada sekitar dua juta kilometer dari planet kita pada 21 Mac ini, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), pada Khamis (11 Mac).

Agensi angkasa Amerika itu menyatakan, keadaan tersebut akan membolehkan ahli astronomi melihat lebih dekat keadaan sebuah asteroid.

Menurut NASA, asteroid, 2001 FO32 itu, dianggarkan mempunyai diameter kira-kira 3,000 kaki (914 meter) dan ditemui 20 tahun yang lalu.

"Kami tahu laluan orbit 2001 FO32 sekitar matahari dengan sangat tepat," kata Pengarah Center for Near Earth Object Studies, Paul Chodas.

"Tidak mungkin asteroid mendekati bumi lebih daripada 1.25 juta batu (lebih dua juta kilometer)."

Jarak itu adalah 5.25 kali jarak bumi dari bulan tetapi masih cukup dekat bagi 2001 FO32 disenaraikan sebagai "asteroid yang berpotensi berbahaya".

Menurut NASA, 2001 FO32 akan bergerak sekitar 77,000 batu sejam (123,919 km sejam) lebih cepat daripada kebanyakan asteroid.

"Buat masa ini, hanya sedikit yang diketahui mengenai objek ini, jadi dengan jarak yang sangat dekat memberikan peluang yang luar biasa untuk mempelajari banyak perkara mengenai asteroid ini," kata saintis utama di Makmal Jet Propulsion NASA, Lance Benner.

Ahli astronomi kata NASA berharap dapat memperoleh pemahaman lebih baik mengenai ukuran asteroid dan komposisinya dengan mengkaji cahaya yang memantulkan permukaannya.

"Apabila sinar matahari menyentuh permukaan asteroid, galian di batu menyerap sambil memantulkan yang lain," kata NASA.

"Dengan mengkaji spektrum cahaya yang memantulkan permukaan, aahli stronomi dapat mengukur 'cap jari' galian di permukaan asteroid."

Ahli astronomi amatur di beberapa negara seharusnya dapat melakukan pemerhatian mereka sendiri.

"Asteroid itu akan berada pada tahap paling terang apabila ia menghampiri ruang angkasa di bahagian selatan bumi," kata Encik Chodas.

NASA menyatakan lebih daripada 95 peratus asteroid yang menghampiri bumi dengan ukuran 2001 FO32 atau lebih besar telah dirakam dan tidak satupun didapati berisiko melanggar planet ini dalam tempoh 100 tahun akan datang. 

Sumber : AFP/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan