'Asterix' pilih penulis baru bagi keluaran 2023
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Alain Jocard)
PERANCIS: Siri buku komik terkenal Perancis "Asterix" akan membuka lembaran baru bagi edisi ke-40nya, dengan penulis baru dipilih untuk menulis keluaran tahun depan.
Demikian menurut penerbit pada Selasa (20 Dis).
Penulis novel dan buku komik Encik Fabcaro, yang terkenal dengan jenakanya, akan menjadi penulis skrip keempat yang meneruskan kisah pengembaraan watak Gaul, yang gigih dalam menentang orang-orang Rom.
Mengikut tradisi, edisi seterusnya akan diterbitkan pada tahun bernombor ganjil, dengan rancangan ia diterbitkan pada 26 Oktober 2023, kata penerbit Albert Rene.
Tajuk buku itu masih menjadi rahsia.
Asterix - seorang pejuang dari perkampungan bangsa Gaul yang terakhir dalam menentang orang-orang Rom, direka pada tahun 1959 oleh Rene Goscinny yang meninggal dunia pada 1977 dan Encik Albert Uderzo, yang meninggal dunia pada 2020.
Buku komik itu berjaya dijual sebanyak ratusan juta di seluruh dunia.
Sebelum siri Asterix, tidak wujud seorang penulis skrip bagi sebarang komik.
Encik Fabcaro, 49 tahun, berkata beliau teruja untuk memikul tugas tersebut.
"Saya adalah peminat besar Asterix. Ini adalah hadiah terbaik kepada diri saya ketika kecil," katanya.
"Saya akan kekal setia kepada...apa yang membuat Asterix begitu menarik. Dengan menggunakan bahan-bahan klasik seperti anakronisme, jenaka... terutama sekali setia kepada watak-watak."

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.