Skip to main content

Dunia

Asri Hamidon dilantik sebagai pengerusi baru 1MDB

Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengumumkan Encik Asri Hamidon dilantik sebagai pengerusi baru syarikat itu berkuat kuasa 25 Jun 2018.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jun 2018 09:49AM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 09:00PM

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengumumkan Encik Asri Hamidon dilantik sebagai pengerusi baru syarikat itu berkuat kuasa 25 Jun 2018.

Encik Asri kini juga menyandang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang bertanggungjawab terhadap pelaburan kerajaan.

Selain itu, 1MDB turut membentuk Jawatankuasa Eksekutif (Exco) baru yang dianggotai Encik Mohammad Faiz Azmi, Cik Rashidah Mohd Sies dan Encik Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, menurut Kementerian Kewangan Malaysia dalam kenyataannya hari ini (26 Jun).

Kementerian itu menyatakan bahawa jawatankuasa tersebut diberi amanah oleh lembaga pengarah untuk menguruskan operasi harian syarikat.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita