Askar wanita Israel yang dibebaskan sangkal dakwaan diberi dadah ketika jadi tebusan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Omar AL-QATTAA)
BAITULMAKDIS: Doktor tentera Israel pada Sabtu (25 Jan) berkata bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Carikan Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang untuk membuatkan mereka kelihatan gembira sebelum dibebaskan.
Penyiar rasmi Israel, KAN, melaporkan doktor tentera mendapati askar wanita itu berada dalam keadaan "sihat dan stabil" selepas menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik dibebaskan.
Doktor turut memaklumkan bahawa askar wanita itu mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa dalam tawanan.
Askar wanita itu kemudian mengesahkan bahawa nyawa mereka terancam dan mereka mengalami "ketakutan melampau" akibat pengeboman sengit tentera Israel berhampiran tempat mereka ditahan.
Kenyataan mereka selari dengan amaran awal Hamas yang menyatakan bahawa serangan udara Israel menyebabkan kematian puluhan tahanan dalam jagaan mereka, dan hampir mengakibatkan kematian beberapa yang lain.
Anggota keluarga askar yang dibebaskan memberitahu saluran Israel, Channel 12, bahawa tawanan itu memaklumkan mereka ditahan di lokasi yang sangat dekat dengan kawasan pengeboman, yang menyasarkan wilayah Gaza selama lebih 15 bulan.
Menurut kenyataan, askar wanita itu turut berkata bahawa mereka kerap dipindahkan antara rumah dan terowong semasa dalam tahanan, di tengah-tengah serangan udara, untuk memastikan keselamatan mereka.

BACA:
Di bawah fasa pertama gencatan senjata itu, Israel kini dijadual berundur dari kawasan Koridor Netzarim yang memisahkan utara Gaza dengan selatannya, membolehkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal kembali ke utara.
Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.