Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Askar Amerika tidak akan dikerah ke Gaza; Amerika akan ambil alih selepas tamat perang Israel-Hamas

Anggaran Waktu Membaca:
Askar Amerika tidak akan dikerah ke Gaza; Amerika akan ambil alih selepas tamat perang Israel-Hamas

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Feb 2025 10:57PM Dikemas Kini : 06 Feb 2025 10:58PM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Khamis (6 Feb) bahawa Israel akan menyerahkan Carikan Gaza kepada Amerika Syarikat selepas pertempuran berakhir dan tiada askar Amerika diperlukan di sana.

"Carikan Gaza akan diserahkan kepada Amerika Syarikat oleh Israel selepas pertempuran berakhir.

"Rakyat Palestin... sudah tentu ditempatkan semula di masyarakat yang jauh lebih selamat dan lebih cantik, dengan rumah baharu dan moden, di rantau itu," kata Encik Trump dalam catatannya di Truth Social, menyusuli komen kontroversialnya pada minggu ini mengenai masa depan Gaza.

"Tiada seorang pun askar Amerika diperlukan."

Ini selepas Menteri Pertahanan Israel Katz memuji pengumuman Encik Trump bahawa Amerika Syarikat akan menguasai Gaza, menempatkan semula lebih 2 juta penduduk Palestin yang tinggal di sana dan mengubah wilayah itu menjadi "Riviera Timur Tengah".

Encik Katz sebelum ini pada Khamis mengarahkan tentera Israel untuk melakar pelan untuk membolehkan penduduk Gaza "meninggalkan wilayah itu secara sukarela", lapor media Israel selepas Encik Trump mendapat kecaman meluas.

Pemindahan penduduk Palestin adalah salah satu isu yang paling sensitif di Timur Tengah. Pemindahan penduduk secara paksa di bawah pendudukan tentera adalah jenayah perang yang diharamkan di bawah Konvensyen Geneva 1949.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan