Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Asia Tenggara masih ketinggalan capai matlamat perubahan iklim 1.5°Selsius: Laporan Bain, Temasek

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tahun ini menandakan titik perubahan bagi usaha menangani perubahan iklim di Asia Tenggara.

Demikian menurut laporan yang dikeluarkan Bain & Company dan Temasek sempena Minggu 'Ecosperity'.

Pemerintah dan perniagaan sudah mengambil langkah besar untuk beralih ke masa depan yang lebih hijau, namun, perjalanan rantau ini masih lagi jauh.

Dalam kad laporan terkini yang menilai tindakan rantau itu - daripada rancangan terhadap iklim sehingga pelaksanaannya untuk membantu menghadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Selcius menjelang 2030.

Lapan daripada 10 negara di Asia Tenggara kini menetapkan sasaran sifar pelepasan karbon, meningkat berbanding hanya dua, pada tahun lalu.

Separuh daripada sekitar AS$15 bilion (S$20.62 bilion) dalam pelaburan hijau di rantau ini sejak 2020, diterima pada  tiga suku terakhir lalu. 

"Laporan Ekonomi Hijau Asia Tenggara" oleh Bain & Company dan Temasek menunjukkan di sebalik cita-cita berani dan baru untuk mencapai sasaran iklim 2030, terdapat jurang pelepasan karbon yang besar sebanyak 3 giga tan, iaitu sama seperti tidak membenarkan 647 juta kereta di jalan raya untuk selama setahun.

Pelaburan antara AS$1 trilion(S$1.38 trilion) hingga AS$3 trilion (S$4.13 trilion) diperlukan  untuk merapatkan jurang tersebut iaitu perjalanan yang amat jauh memandangkan  pelaburan yang diperolehi setakat ini berjumlah kurang AS$20 bilion  (S$27.51 bilion).

Bagi peluang untuk merapatkan jurang itu termasuk pelaburan yang berpotensi untuk menghasilkan pulangan dan kesan iklim berkait rapat dengan sektor tenaga, alam semula jadi dan pertanian.

Ia merangkumi 90 peratus daripada belanjawan karbon Asia Tenggara. 

Laporan tersebut juga membentangkan lima perkara utama yang boleh memacu lebih daripada separuh potensi rantau ini untuk mengurangkan pelepasan gas karbon.

Pelaburan terbesar ialah dalam pemuliharaan hutan, yang bernilai AS$20 bilion (S$27.49 bilion) menjelang 2030.

Bagi Singapura, laporan itu menyatakan sekitaran binaan sebagai sektor yang mempunyai potensi pelaburan tertinggi dengan peluang dalam teknologi penjimatan tenaga dan produk bangunan hijau.

Bagi rantau ini pula, bidang tumpuan pertumbuhan utama termasuk juga pertanian mampan, kenderaan elektrik dan tenaga yang boleh diperbaharui. 

Sumber : CNA/KF/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan