Asia Tenggara bersiap sedia hadapi pilihan raya, ujian kepercayaan dan ketidakpastian ekonomi pada 2026
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK/KUALA LUMPUR/JAKARTA: Pemerintah-pemerintah di Asia Tenggara perlu menangani kebimbangan ekonomi serta ketegangan geopolitik yang semakin memuncak pada tahun ini, dengan beberapa negara di rantau ini bakal menghadapi ketidakstabilan domestik yang lebih besar di tengah-tengah keraguan yang semakin meningkat tentang sama ada politik mampu menyelesaikan cabaran tersebut, kata para pakar.
Pemerintah-pemerintah akan menyasarkan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi ketidaktentuan global yang berterusan dan peningkatan kos daripada tarif Amerika Syarikat serta turun naik perdagangan.
Tahun ini bermula dengan junta Myanmar mengadakan pilihan raya berperingkat yang dilihat oleh sesetengah pihak dalam masyarakat antarabangsa sebagai satu langkah simbolik, memandangkan parti-parti pembangkang utama tidak dibenarkan bertanding.
Pilihan raya itu bermula pada 28 Dis 2025 di 102 bandar dan akan diteruskan pada 11 Jan di 100 bandar, dan 25 Jan di 63 bandar, meliputi sejumlah 265 bandar daripada sejumlah 330 secara keseluruhannya, lapor Reuters.
Sesetengah penganalisis melihat pilihan raya itu sebagai cara untuk pihak tentera mengukuhkan pemerintahannya melalui proksi, dan memperoleh sedikit kestabilan dan kewajaran pada pemerintahannya di dalam dan luar negara.
Ini akan diikuti dengan Pilihan Raya Umum Thailand pada 8 Feb. Rakyat Thailand akan mengundi dengan latar belakang berlaku ketegangan sempadan yang berterusan dan pertempuran dengan Kemboja, peningkatan semangat nasionalisme dan ekonomi yang dirasakan oleh ramai pengundi tidak lagi kukuh, kata para pemerhati.
Di Malaysia, negara itu bakal menyaksikan beberapa pilihan raya negeri, dengan pilihan raya negeri itu bakal menguji keutuhan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang rapuh dan mungkin mendedahkan ketegangan yang tidak dapat diselesaikan antara rakan gabungan dalam kerajaan.
Di Indonesia pula, Presiden Prabowo Subianto menghadapi ujian kepercayaan orang ramai selepas berlaku cabaran pengurusan krisis dan halangan ekonomi menjejaskan keyakinan awal terhadap kepimpinannya, tambah para penganalisis.
CABARAN EKONOMI
Selain politik, tekanan kos sara hidup dan ekonomi akan kekal menjadi kebimbangan utama bagi rantau yang mempunyai kira-kira 680 juta penduduk, kata para pakar.
Negara-negara di Asia Tenggara dijangka akan terus mengharungi "tarif Trump" dan turun naik perdagangan global.
Di Indonesia, satu kajian bersama oleh syarikat pemasaran Inventure dan firma penyelidikan Alvara, yang dikeluarkan pada 9 Dis 2025, mendapati 35 peratus daripada 600 responden mengatakan mereka kurang menjimatkan wang pada 2025 berbanding tahun sebelumnya.
Sepuluh peratus mengatakan mereka dapat menjimatkan lebih banyak, manakala selebihnya mengatakan mereka menjimatkan jumlah yang sama.
Sementara itu, Persatuan Industri Automotif Indonesia (Gaikindo) melaporkan bahawa penjualan kereta dari Januari hingga Oktober 2025 berjumlah hanya 634,844 unit, penurunan 10.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2024.

Sumber : CNA/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.