Skip to main content

Dunia

Asia Pasifik Alibaba Cloud lancarkan Program "Gateway China"

Penyedia khidmat "Cloud" terbesar di rantau Asia Pasifik Alibaba Cloud melancarkan satu inisiatif baru untuk membantu syarikat-syarikat di Singapura misalnya, meningkatkan keupayaan digital masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 May 2019 10:24PM Dikemas Kini : 30 May 2019 11:10PM

HONG KONG: Penyedia khidmat "Cloud" terbesar di rantau Asia Pasifik Alibaba Cloud melancarkan satu inisiatif baru untuk membantu syarikat-syarikat di Singapura misalnya, meningkatkan keupayaan digital masing-masing.

Program "Gateway China" turut melibatkan kerjasama dengan lapan rakan kongsi tempatan termasuk Enterprise Singapore, Bank DBS dan IMDA.

Syarikat-syarikat akan dapat memanfaatkan pengalaman Alibaba dalam teknologi kecerdasan data dalam bidang-bidang e-dagang, pembayaran dan logistik untuk membantu berkembang di Asia.

Selain itu syarikat-syarikat di negara tersebut berpeluang mempelajari cara untuk berniaga di China dan menjalankan kerjasama dengan syarikat-syarikat di sana dan serantau.

Berucap di majlis pelancaran program itu, Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat berkata para penyedia penyelesaian digital menawarkan berbagai-bagai jenis penyelesaian.

Ini termasuk pengurusan rantaian bekalan hinggalah kepada pengurusan trafik menjangkau pelbagai industri.

Syarikat-syarikat boleh memanfaatkan program itu untuk memperkukuhkan keupayaan, meningkatkan daya penghasilan serta mengembang dan mengukuhkan ekosistem setempat. 

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita