Asia lebih terdedah kepada ketidaksamaan global akibat AI
Dengan perlumbaan global bagi mendakap kecerdasan buatan (AI) semakin bertambah hangat, teknologi itu boleh melebarkan jurang sedia ada antara negara-negara jika ia tidak diurus dengan baik, menurut satu laporan baharu diterbitkan oleh agensi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pembangunan antarabangsa pada Selasa (2 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dengan perlumbaan global bagi mendakap kecerdasan buatan (AI) semakin bertambah hangat, teknologi itu boleh melebarkan jurang sedia ada antara negara-negara jika ia tidak diurus dengan baik, menurut satu laporan baharu diterbitkan oleh agensi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pembangunan antarabangsa pada Selasa (2 Dis).
Jurang sedemikian bertambah lebih ketara di Asia di mana negara-negara di benua itu mempunyai perbezaan secara meluas dari segi pendapatan, keupayaan digital dan tadbir urus, menurut Program Pembangunan PBB (UNDP).
Agensi itu ditugaskan bagi membantu negara-negara dan masyarakat dalam mengatasi kemiskinan.
Laporannya terkini, bertajuk 'The Next Great Divergence: Why AI May Widen Inequality Between Countries' (Perbezaan Besar Seterusnya: Mengapa AI Boleh Melebarkan Jurang Ketidaksamaan Antara Negara) menarik perhatian bahawa Asia menempatkan lebih separuh daripada pengguna AI di dunia dan ia sedang mengembangkan jejak inovasinya secara pesat.
Sebagai contoh, China kini menguasai hampir 70 peratus patent AI di seluruh dunia.
Enam ekonomi di seluruh benua itu juga menempatkan lebih 3,100 syarikat AI yang baharu dibiayai.
Sungguhpun begitu, tahap kesediaan digital berbeza-beza dengan ketara di seluruh rantau itu, menurut UNDP.
Negara-negara seperti Singapura, China dan Korea Selatan sedang membuat pelaburan besar dalam infrastruktur dan kemahiran AI, manakala negara-negara lain masih berusaha untuk mengukuhkan akses dan kemahiran digital asas, ia menambah.
UNDP memberi amaran walaupun kebanyakan negara-negara berpendapatan rendah sudah pun merapatkan jurang secara bertahap-tahap dengan negara-negara berpendapatan lebih tinggi, AI mungkin akan menghakis perkembangan itu.
Laporannya menyatakan negara-negara sedemikian kekurangan infrastruktur untuk meraih sebarang manfaat bermakna daripada teknologi AI.
MEMBENTUK TADBIR URUS AI
Philip Schellekens, ketua ahli ekonomi bagi Asia dan Pasifik di UNDP berkata terdapat "potensi besar" bagi negara-negara seperti Singapura dan China yang "berada di tengah-tengah perlumbaan mendakapi AI" untuk bantu membentuk tadbir urus AI serantau dan global.
"Teknologi adalah satu perkara. Tetapi perkara kedua adalah, bagaimana orang sebenarnya menggunakan teknologi itu? Dan kemudian kami menghasilkan saranan yang disesuaikan berdasarkan tahap keupayaan berbeza," katanya.
Perkara paling mengejutkan dalam laporan UNDP adalah AI boleh meningkatkan lagi ketidaksamaan global di masa hadapan, justeru bermakna ia perlu diuruskan dengan lebih baik supaya dapat memberi manfaat kepada negara-negara membangun, kata Encik Schellekens dalam temu bual di program Asia Now terbitan CNA.
Beliau berkata Asia Pasifik adalah rantau dengan tahap ketidaksamaan tertinggi di seluruh dunia dari segi jurang pendapatan.
"Kami melihat masih terdapat 1.3 bilion pekerja sektor tidak formal, 700 juta wanita yang berada di luar tenaga buruh, kira-kira setengah bilion orang yang hidup dalam pelbagai bentuk kemiskinan, dan 200 juta orang yang berada dalam kemiskinan ekstrem," katanya.
"Jadi, apa yang perlu dilakukan? Ia bergantung kepada titik permulaan. Di sesetengah negara, ia terdiri daripada pelaburan lebih banyak dalam prasarana ketara, akses kepada bekalan elektrik; memastikan kemahiran literasi digital adalah setanding."
Namun, infastruktur tidak ketara - seperti modal insan dan jagaan kesihatan - harus dibangunkan juga, katanya.
Selain melihat bagaimana AI dapat membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan penghasilan negara, Encik Schellekens beriata laporan UNDP turut mengkaji kesan AI terhadap penduduk dan generasi masa depan.
AI boleh digunakan untuk perlindungan sosial bagi menyediakan manfaat kepada mereka yang berdepan pelbagai risiko atau kelemahan.
Namun negara-negara tanpa pendaftaran data yang baik tidak dapat memanfaatkannya, kata Encik Schellekens.
"Kami lihat, sebagai contoh, wanita di Asia Selatan - hanya kira-kira 40 peratus mempunyai akses kepada internet dalam telefon bimbit mereka atau mempunyai telefon bimbit. Itu mengehadkan kebolehgunaan atau potensi AI untuk membantu dalam pelbagai cara, seperti menyediakan maklumat yang lebih luas," katanya.
"Jadi, kami berpendapat bahawa terdapat, dalam satu pihak, jurang keupayaan di negara yang lebih miskin ... tetapi terdapat juga jurang kelemahan. Di negara yang lebih miskin, akan terdapat pendedahan yang lebih besar kepada potensi kesan negatif AI."
PEKERJAAN WANITA TERANCAM OLEH AUTOMASI
Laporan UNDP itu juga menarik perhatian kepada beberapa kelemahan yang dihadapi oleh kaum wanita dan golongan muda.
Pekerjaan yang biasa dilakukan oleh kaum wanita hampir dua kali ganda terancam oleh automasi, menurut laporan itu.
Ia menambah pengambilan pekerja belia juga semakin merosot dalam peranan dengan banyak pendedahan kepada AI atau kerja-kerja di mana tugasnya bertindihan dengan keupayaan AI.
Hal itu menjejas paling teruk golongan berusia 22 hingga 25 tahun, mengancam laluan kerjaya awal masing-masing.
Encik Schellekens bahkan berkata di negara-negara tertentu, wanita bergiat aktif secara tidak seimbang dalam sektor-sektor intensif buruh di mana mereka biasanya melakukan kerja rutin.
"Robotik yang dikuasai AI boleh mencetuskan gelombang automasi seterusnya dalam industri pembuatan. Fikirkan tentang industri pakaian di Bangladesh, sebagai contoh, yang kebanyakannya dikendalikan oleh wanita," tambahnya.
"Kita juga boleh fikirkan tentang pusat panggilan dan kerja penyumberan luar proses perniagaan yang dilakukan di Filipina, tetapi juga di India dan Bangladesh dan banyak negara lain."
AI membolehkan pekerja sedemikian meningkatkan daya penghasilan dalam pekerjaan itu, tetapi juga tampil sebagai "pesaing yang jelas", katanya.
"Di situ juga ramai wanita yang aktif," tambah Schellekens.
"Ia bukan semestinya ciri intrinsik jantina, tetapi ia merupakan satu hakikat bahawa wanita bekerja dalam sektor-sektor yang lebih berkemungkinan terjejas oleh kesan penggantian pasaran buruh di seluruh rantau."

Sumber : CNA/HA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.