Asia bimbang perang Timur Tengah merebak, kata Blinken
Anggaran Waktu Membaca:

Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken. (Gambar: AP)
VIENTIANE: Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken pada Jumaat (11 Okt) menyampaikan kebimbangan Asia tentang kemungkinan konflik terus merebak di Timur Tengah.
Ini sedang ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar pelbagai langkah diambil untuk mencegah perang berskala penuh daripada berlaku di Lubnan.
Konflik di Timur Tengah menjadi isu utama yang dibincangkan di Sidang Puncak Asia Timur pada Jumaat di Laos.
Di sidang tersebut, Encik Blinken menekankan komitmen Washington menggunakan diplomasi untuk cuba mengawal keadaan dalam menghadapi apa yang disifatkannya sebagai "Paksi Penentangan" yang diketuai Iran.
"Sepanjang setahun ini, Amerika secara konsisten cuba menghalang konflik-konflik ini daripada terus merebak. Ia sesuatu yang kami usahakan setiap hari," ujar Encik Blinken dalam satu sidang media.
"Kami bersungguh-sungguh berdiplomasi untuk mengelakkan perkara itu daripada terjadi. Jelas, kami juga bimbang tentang nasib kanak-kanak, wanita dan lelaki di Gaza."
Amerika Syarikat juga sudah menekankan kepada Israel tentang pentingnya memenuhi keperluan kemanusiaan penduduk di Gaza, kata Encik Blinken.
Beliau menambah, Israel pada dasarnya ingin membolehkan mereka yang hilang tempat tinggal akibat pertempuran di Lubnan, pulang ke rumah.
Sidang puncak tahunan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) itu turut merangkumi pertemuan dengan para pemimpin dan diplomat tertinggi dari India, China, Jepun, Amerika Syarikat, Rusia, Korea Selatan, Australia dan New Zealand, mahupun Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.