Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ASEAN, UK terus perkukuh hubungan menerusi Perkongsian Dialog

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerjasama Bersama ASEAN-United Kingdom (AUKJCC) berlangsung pada Jumaat (24 Jun) melalui sidang video, menandakan bermulanya secara rasmi perkongsian bagi mengukuhkan lagi hubungan. 

Sehubungan itu, AUKJCC, yang terdiri Jawatankuasa Perwakilan Tetap ke ASEAN, Duta UK ke ASEAN dan Sekretariat ASEAN, akan menyediakan arahan yang berkaitan dan menyelia semua aspek Perkongsian Dialog.

Menurut kenyataan Sekretariat ASEAN yang dimuat naik di laman sesawangnya, pada mesyuarat itu, pegawai dari kedua-dua pihak saling bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini di ASEAN dan UK, termasuk usaha menangani pandemik COVID-19, serta isu serantau dan antarabangsa.

Antara topik perbincangan termasuk kaedah untuk memperkukuh kerjasama dalam keselamatan dan undang-undang maritim; jenayah rentas sempadan; keselamatan siber; perkhidmatan kewangan; pendigitalan; perusahaan mikro, kecil dan sederhana; perubahan iklim dan alam sekitar.

Turut dibincangkan mengenai isu tenaga; pertumbuhan ekonomi mampan; pendidikan; kesihatan; wanita, keamanan dan keselamatan; sains, teknologi dan inovasi; belia; budaya; pelancongan; hubungan antara rakyat; Inisiatif Kesalinghubungan ASEAN; dan Inisiatif Integrasi ASEAN.

Mesyuarat itu juga mengesahkan bidang tugas AUKJCC dan rundingan berterusan mengenai Pelan Tindakan (PoA) untuk melaksanakan Perkongsian Dialog ASEAN-United Kingdom bagi tempoh 2022-2026.

PoA akan berfungsi sebagai panduan praktikal untuk menguatkan lagi Perkongsian Dialog dengan menumpukan dalam bidang kepentingan bersama, sejajar dengan Wawasan Komuniti ASEAN 2025.

Menteri-menteri luar ASEAN memberikan status Rakan Dialog kepada United Kingdom (UK) pada 2 Ogos 2021.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan