ASEAN tingkatkan bantuan kemanusiaan di Laos dan Myanmar susuli Taufan Yagi
Anggaran Waktu Membaca:

(gambar: AFP/ LAO NATIONAL RADIO)
JAKARTA: ASEAN menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$12,800 (S$16,500) dalam bentuk kit perlindungan dan pembaikan bagi membantu penduduk yang terjejas akibat Taufan Yagi dan banjir di Laos, menurut Pusat Penyelaras bagi Bantuan Kemanusiaan untuk Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA).
Pusat AHA mengesahkan bahawa In-Country Liaison Team (ICLT) memudahkan ketibaan bekalan tersebut pada Jumaat (20 Sep) di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Laos.
Bekalan itu diperolehi dari Gudang Serantau Sistem Logistik Kecemasan Bencana ASEAN (DELSA) di Subang, Malaysia, menurut pusat itu mengenai kemas kininya berhubung kesan bencana alam itu.
Dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMO) Laos dan Jabatan Pengurusan Bencana Myanmar (DDM), pusat tersebut juga sedang mendapatkan bekalan bantuan tambahan dari Gudang Satelit DELSA di Chainat, Thailand.
"ICLT akan terus menyelaras dengan NDMO Laos mengenai ketibaan bekalan bantuan seterusnya," menurut kenyataan pusat itu.
Dalam usaha lanjut untuk menangani krisis itu, dua anggota ICLT di Yangon tiba di Nay Pyi Taw, Myanmar.
Mereka akan membantu dalam pengurusan maklumat dan operasi kecemasan, bekerja bersama DDM Myanmar untuk menilai keperluan dan meneroka sokongan daripada Pasukan Tindak Balas dan Penilaian Kecemasan ASEAN (ERAT).
Pada hari yang sama, Pusat AHA mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengelola Khas untuk membincangkan bencana yang sedang melanda negara-negara anggota dan rancangan pusat itu untuk meneruskan sokongan pengurusan bencana.
Taufan Yagi yang melanda pada 11 September turut mengakibatkan banjir besar hingga menjejaskan Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam, dengan 666 kematian direkodkan dan 148 hilang setakat ini.
Di Laos, kira-kira 185,800 orang di 15 wilayah termasuk ibu kota Vientiane, mengakibatkan tujuh kematian.
Anggaran kerugian akibat kerosakan infrastruktur termasuk jalan raya, sekolah, kemudahan kesihatan, rumah dan kawasan pertanian, dianggarkan bernilai AS$27.6 juta (S$36 juta).
Di Myanmar, sekitar 586,000 orang terjejas, dengan 293 kematian dan 88 orang dilaporkan hilang. Ribut itu turut merosakkan sekitar 168,000 buah rumah, 113 bangunan pejabat, dan 996 sekolah.
Di Filipina, tiga juta orang terjejas, dengan 21 kematian, 26 orang hilang dan 22 cedera.
Thailand turut mengalami kesan yang ketara dengan 30 wilayah termasuk Chiang Rai dan Chiang Mai terjejas, melibatkan 150,400 isi rumah dan menyebabkan 46 kematian dengan banjir yang masih berterusan di lima wilayah.
Di Vietnam, sebanyak 299 kematian dan 34 orang hilang direkodkan, manakala 1,900 orang cedera akibat bencana itu.
Taufan Yagi turut memusnahkan lebih 234,980 buah rumah dan mengakibatkan kerugian dalam sektor pertanian, termasuk 200,200 hektar sawah yang terjejas dengan anggaran kerugian keseluruhan mencecah AS$2.47 bilion (S$3.19 bilion).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.