ASEAN tidak iktiraf pilihan raya Myanmar
Anggaran Waktu Membaca:
- ASEAN, diketuai Filipina tahun ini, tidak mengiktiraf pilihan raya Myanmar yang dimenangi parti disokong tentera selepas rampasan kuasa 2021.
- Keputusan ini diumumkan oleh Setiausaha Luar Filipina Theresa Lazaro semasa mesyuarat menteri utama ASEAN di Cebu.
- Pilihan raya Myanmar dikritik kerana pembangkang utama dikecualikan, kawalan tentera ketat, dan kerusi parlimen diperuntukkan kepada tentera.
- ASEAN menekankan kepentingan undang-undang antarabangsa dan menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan serantau serta tindakan sepihak di luar Asia Tenggara.
CEBU: Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) tidak mengiktiraf pilihan raya yang diadakan baru-baru ini di Myanmar, yang pertama sejak tentera merampas kuasa pada 2021, kata setiausaha luar Filipina pada Khamis (29 Januari).
Tindakan ASEAN untuk tidak mengiktiraf pilihan raya di Myanmar, yang dikatakan dimenangi oleh parti yang disokong tentera, merupakan tamparan hebat kepada usaha pemerintah tentera negara itu untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.
Blok serantau itu, yang terdiri daripada 11 anggota termasuk Myanmar, enggan mengiktiraf pemerintah yang ditadbir tentera sejak ia merampas kuasa secara paksa daripada pemerintah Aung San Suu Kyi pada 2021.
Rampasan kuasa tersebut menjerumus negara itu ke dalam perang saudara yang berdarah.
Ditanya semasa sidang media sama ada blok itu tidak mengiktiraf pilihan raya di Myanmar, Setiausaha Luar Filipina Theresa Lazaro berkata, "ya, setakat ini" dan menambah bahawa ASEAN "belum menyokong tiga fasa pilihan raya yang diadakan itu".
Cik Lazaro tidak mengulas lebih lanjut tentang bagaimana pendirian blok serantau itu mungkin berubah.
Beliau berkata selepas menganjurkan mesyuarat menteri utama pertama ASEAN tahun ini di bandar tengah Cebu.
Krisis Myanmar menjadi agenda utama.
Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan yang disokong tentera Myanmar mendakwa pada Isnin bahawa ia memenangi pilihan raya.
Kemenangan parti yang diketuai oleh seorang mantan jeneral dijangkakan secara meluas selepas undian itu mengecualikan parti pembangkang utama, dan perbezaan pendapat disekat ketat.
Selain itu, satu perempat kerusi parlimen diperuntukkan secara automatik untuk tentera - yang akan menjamin kawalan oleh angkatan tentera dan parti-parti pilihan rayanya.
Para pengkritik berkata pilihan raya itu tidak bebas mahupun adil, tetapi merupakan usaha untuk mengesahkan pemerintahan tentera selepas rampasan kuasa secara paksa.
Filipina memegang jawatan pengerusi bergilir ASEAN tahun ini, mengambil apa yang sepatutnya menjadi giliran Myanmar selepas negara itu digantung daripada mempengerusikan mesyuarat selepas rampasan kuasa oleh tentera.
Cik Lazaro memulakan mesyuarat dengan menggesa blok serantau itu supaya mengekalkan kawalan diri dan mematuhi undang-undang antarabangsa kerana tindakan pencerobohan di seluruh Asia dan "tindakan sepihak" di tempat lain di dunia mengancam aturan global berasaskan peraturan.
Beberapa negara anggota ASEAN menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap serangan rahsia Amerika yang membawa kepada penangkapan pemimpin Venezuela Nicolas Maduro atas arahan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Pendirian agresif China yang semakin meningkat terhadap Taiwan dan di Laut China Selatan yang dipertikaikan juga mengganggu rantau itu selama bertahun-tahun.
“Di seluruh rantau kita, kita terus menyaksikan ketegangan di laut, konflik dalaman yang berlarutan serta kebimbangan sempadan dan kemanusiaan yang tidak dapat ditangani,” kata Cik Lazaro dalam ucapan pembukaannya di hadapan rakan ASEAN.
“Pada masa yang sama, perkembangan di luar Asia Tenggara, termasuk tindakan sepihak yang membawa implikasi merentas wilayah, terus menjejas kestabilan serantau dan menghakis institusi pelbagai hala dan aturan antarabangsa berasaskan peraturan,” kata Cik Lazaro.

Sumber : AP/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.