ASEAN sasar tingkat pelaburan asing
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: ASEAN/Facebook)
VIENTIANE: Para wakil negara anggota ASEAN berhimpun sempena Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-56 bagi membincangkan isu-isu utama dengan matlamat menjadikan ASEAN sebagai destinasi pelaburan asing yang lebih menarik, lapor Xinhua yang memetik laporan berita tempatan.
Mesyuarat itu diadakan di ibu negara Laos, Vientiane pada Selasa (17 Sep) dan dipengerusikan oleh Menteri Perindustrian dan Perdagangan Laos Malaythong Kommasith, menurut akhbar tempatan Pasaxon pada Rabu (18 Sep).
Mesyuarat itu membincangkan kemajuan Masyarakat Ekonomi ASEAN (AEC) dan menegaskan komitmen kukuh ASEAN terhadap integrasi ekonomi serantau di tengah-tengah cabaran yang semakin meningkat akibat pemecahan ekonomi global, ketegangan geopolitik dan perubahan iklim.
Mesyuarat itu juga menekankan tumpuan strategik ASEAN dalam mempromosikan sektor transformasi seperti ekonomi digital dan hijau untuk memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan.
Bercakap di mesyuarat itu, Encik Malaythong berkata: "Situasi ekonomi dan kewangan serantau serta antarabangsa terus menghadapi ketidakstabilan akibat penularan COVID-19, perubahan iklim, dan konflik politik di rantau ini serta di peringkat antarabangsa. Ini memerlukan kita untuk memperkukuh perpaduan dan bekerjasama rapat bagi mencari langkah yang sesuai untuk mengatasi cabaran berkenaan."
Pertumbuhan ekonomi rantau ini direkodkan pada kadar 4.1 peratus pada 2023 dan dijangka meningkat kepada 4.6 peratus pada 2024, manakala pelaburan di ASEAN meningkat sebanyak 0.3 peratus dari AS$229 bilion (S$297 bilion) pada 2022 kepada AS$230 bilion (S$298 bilion) pada 2023, kata Encik Malaythong.
Nilai perdagangan produk ASEAN merosot sebanyak 1.2 peratus dari AS$3,846 bilion (S$4,989 bilion) pada 2022 kepada AS$3,525 bilion (S$4,572 bilion) pada 2023, tetapi dijangka meningkat kepada AS$3,617 bilion (S$4,691 bilion) pada 2024, katanya.
Mesyuarat itu turut membincangkan secara mendalam pelaksanaan pelan kerja keutamaan kritikal bagi 2024, kemajuan pembinaan Masyarakat Ekonomi ASEAN menjelang 2025, dan visinya sehingga 2045.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.