ASEAN perlu bekerjasama jaga keamanan & kestabilan serantau
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen, selaku pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi 2022, pada Isnin (12 Sept) menyeru agar negara-negara anggota bekerjasama menangani cabaran untuk mengekalkan keselamatan serantau, keamanan, kestabilan dan kemakmuran.
“Dalam konteks persaingan geopolitik yang semakin meningkat, ASEAN perlu menjadi contoh dan bekerjasama untuk memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dengan mengukuhkan perpaduan dan pemusatan ASEAN serta berpegang teguh kepada perkongsian dan mekanisme pelbagai hala bagi menangani cabaran.
“Selain itu, ASEAN perlu memainkan peranan utama dan berfungsi sebagai platform untuk menggalak dialog dan kerjasama, sambil memperkukuh kerangka serantau yang terbuka, telus, inklusif dan mendukung peraturan,” katanya dalam ucapan perasmian Forum Kepimpinan dan Perkongsian ASEAN 2022, lapor agensi berita Xinhua.
Sebagai pengerusi ASEAN untuk 2022, Kemboja bekerja secara aktif dalam memperluaskan dan mengukuhkan kerjasama dan perkongsian ASEAN dalam pelbagai bentuk serta bidang, termasuk sosioekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan pelbagai negara, rakan kongsi pembangunan dan masyarakat antarabangsa, katanya lagi.
ASEAN terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.