ASEAN perkukuh perpaduan, kerjasama pertahanan di tengah ketegangan serantau
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mengukuhkan lagi perpaduan dan komitmen untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan serantau di mesyuarat menteri-menteri pertahanannya yang baru diadakan di Kuala Lumpur.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mengukuhkan lagi perpaduan dan komitmen untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan serantau di mesyuarat menteri-menteri pertahanannya yang baru diadakan di Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan bersama, blok serantau itu menekankan kepentingan menegakkan undang-undang antarabangsa dan memupuk kestabilan melalui kerjasama.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri ketua-ketua pertahanan dari kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat, China dan India, mencerminkan minat global yang semakin berkembang terhadap isu keselamatan di rantau ini.
KERJASAMA PERTAHANAN
Para delegasi membincangkan bidang-bidang kerjasama baharu, termasuk pertahanan siber, kecerdasan buatan (AI) dan tindak balas bencana.
Salah satu topik yang paling mendapat perhatian adalah isu Laut China Selatan, di mana isu pertindihan tuntutan wilayah sejak sekian lama di Laut China Selatan menjadi punca ketegangan.
Para pemimpin pertahanan memperbaharui harapan untuk memuktamadkan kod tingkah laku yang sudah lama dibincangkan bagi mengawal aktiviti-aktiviti di perairan yang dipertikaikan itu.
Filipina, yang mengambil alih kerusi pengerusi ASEAN daripada Malaysia, menyatakan bahawa rangka kerja tersebut akan menjadi kepentingan utama sepanjang tempoh kepengerusiannya.
HUBUNGAN FILIPINA-AMERIKA SYARIKAT
Di luar sidang utama itu, Manila dan Washington mengumumkan penubuhan pasukan petugas ketenteraan baharu bagi mengukuhkan kerjasama dan kesiapsiagaan ketenteraan, khususnya di Laut China Selatan.
China menuntut sebahagian besar wilayah di Laut China Selatan, dan tuntutannya bertindih dengan empat negara Asia Tenggara — Malaysia, Brunei, Filipina dan Vietnam.
Kapal-kapal Filipina dan China kerap terlibat dalam perselisihan di perairan yang dipertikaikan itu, terutamanya di sekitar Kepulauan Spratly.
Setiausaha Pertahanan Filipina Gilbert Teodoro berkata kepada Mediacorp bahawa penghormatan terhadap norma global tidak boleh bergantung kepada saiz atau pengaruh, sambil menekankan kepatuhan kepada undang-undang maritim antarabangsa.
“Ia tidak seharusnya menjadi soal keseimbangan kuasa bipolar. Ia harus dilaksanakan, tetapi oleh semua negara, tidak kira besar atau kecil — dengan hak mereka sendiri,” katanya.
“Terdapat kuasa-kuasa besar di dunia. (Namun) mereka juga perlu beroperasi di bawah satu set peraturan dan norma yang dipersetujui, jelas dan telus.”
PERUNTUKAN PERTAHANAN
Encik Teodoro berkata Filipina merancang untuk meningkatkan peruntukan pertahanannya, meskipun pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat disebabkan oleh kekangan fiskal.
“Kita perlu memperuntukkan lebih banyak sumber bagi perbelanjaan pertahanan. Matlamat peribadi saya adalah untuk menjadikan New Zealand sebagai... satu model. Ia lebih sesuai dengan kemampuan ekonomi kami,” kata beliau.
Wellington merancang untuk menggandakan belanjawan pertahanannya dalam tempoh lapan tahun akan datang kepada dua peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) negara itu.
Data Kumpulan Bank Dunia menunjukkan perbelanjaan pertahanan Filipina pada 2023 adalah sebanyak 1.2 peratus daripada GDP negara.
Para penganalisis berpendapat jumlah itu masih dianggap sederhana bagi sebuah negara yang mempunyai kerentanan strategik.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Malaysia Mohamed Khaled Nordin berkata beliau “berpuas hati” dengan belanjawan ketenteraan negaranya ketika ini - yang terus meningkat setiap tahun.
“(Jika dibandingkan) jumlah peruntukan yang diterima Kementerian Pertahanan berbanding kementerian lain, kita tidaklah terlalu jauh ketinggalan di belakang. Kita berada di tangga keempat... dan setiap tahun ada peningkatan,” kata beliau.
“Kami percaya apa jua perolehan (bagi tujuan pertahanan) yang dibuat adalah lebih kepada tujuan pencegahan.”
Peruntukan pertahanan Malaysia akan meningkat kepada AS$5 bilion (S$6.51 bilion) pada 2026, iaitu kenaikan sebanyak 2.9 peratus berbanding tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memodenkan angkatan tentera negara tersebut.
PERPADUAN ASEAN DIPERKUKUH
Encik Khaled berkata ASEAN sudah mencapai banyak kemajuan dalam usahanya memupuk keamanan di rantau itu.
Blok serantau itu turut menghantar pasukan pemerhati untuk memantau gencatan senjata di sempadan Thailand-Kemboja, berikutan pemeteraian pengisytiharan perdamaian bersama di Sidang Puncak ASEAN.
Malaysia turut memeterai perjanjian kerjasama pertahanan dengan Timor-Leste bagi menyokong pembangunan keupayaan ketenteraan anggota terbaharu ASEAN itu serta memudahkannya untuk menyertai latihan serantau.
Encik Khaled menegaskan bahawa blok serantau itu perlu bekerjasama untuk mengatasi cabaran luaran dan mengekalkan kekuatan kolektif.
“Terdapat banyak cabaran yang ASEAN hadapi dari luar. Ada pihak yang cuba mempengaruhi negara anggota ASEAN supaya memihak,” katanya.
“Tetapi jika ASEAN dapat bergerak sebagai satu pasukan, akan wujud rasa hormat terhadap ASEAN. Dengan itu, kita akan dapat menjamin keamanan, kestabilan dan keselamatan.”
Walaupun para pemimpin ASEAN terus membuat gesaan agar lebih berdikari dalam bidang pertahanan, para penganalisis berpendapat kekuatan sebenar blok itu terletak pada pembentukan kerjasama dan keseimbangan hubungan antara kuasa besar.
“Kebanyakan negara ASEAN tidak mempunyai keupayaan pertahanan untuk menandingi kuasa besar,” kata Pengarah Urusan Viewfinder Global Affairs, Adib Zalkapli, yang berpangkalan di Malaysia.
“Oleh itu, kerjasama dan pakatan diperlukan sama ada (sebagai) jaminan keselamatan atau bagi mengelakkan kehilangan autonomi,” katanya kepada CNA938.
“Pilihan terbaik adalah untuk mengekalkan keseimbangan... bekerjasama dengan Amerika Syarikat tetapi pada masa yang sama menilai potensi untuk memperluas kerjasama dengan kuasa-kuasa besar lain.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.