Skip to main content

Dunia

ASEAN mungkin ambil masa bertahun-tahun untuk bersedia hadapi gangguan besar bekalan tenaga: Setiausaha Tenaga Filipina

Usaha Asia Tenggara untuk bersiap sedia menghadapi satu lagi gangguan besar bekalan tenaga mungkin mengambil masa bertahun-tahun, sedang negara-negara di rantau ini berusaha memperkukuhkan prasarana dan meningkatkan simpanan bahan api kecemasan, menurut Setiausaha Tenaga Filipina, Sharon Garin, pada Selasa (27 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN mungkin ambil masa bertahun-tahun untuk bersedia hadapi gangguan besar bekalan tenaga: Setiausaha Tenaga Filipina

Setiausaha Tenaga Filipina, Sharon Garin, bercakap dengan Roland Lim dari Mediacorp di luar acara Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura pada 27 Oktober. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 27 Oct 2026 08:58PM
ASEAN may take years to prepare for major energy supply disruptions: Philippine Energy Secretary
  • Philippine Energy Secretary Sharon Garin said ASEAN countries may need several years to prepare for major supply disruptions, after a crisis linked to the war in the Middle East exposed weaknesses in regional preparedness.
  • The Philippines is building government fuel storage facilities and reviewing regulations, laws, infrastructure and financing to strengthen supplies and protect consumers from surge pricing.
  • Although member states agreed to improve the ASEAN Power Grid memorandum, implementation requires bilateral agreements, coordination on regulations and routes, and viable projects; the Philippines hopes the MOU will be finalised in Manila in November.
  • The Philippines wants renewable energy to reach 35 per cent by 2030 and 50 per cent by 2040, but LNG remains a flexible backup; Garin also called for an assessment of regional resources while stressing that trade decisions remain with national governments.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Usaha Asia Tenggara untuk bersiap sedia menghadapi satu lagi gangguan besar bekalan tenaga mungkin mengambil masa bertahun-tahun, sedang negara-negara di rantau ini berusaha memperkukuhkan prasarana dan meningkatkan simpanan bahan api kecemasan, menurut Setiausaha Tenaga Filipina, Sharon Garin, pada Selasa (27 Okt).

Bercakap kepada Mediacorp di luar acara Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW), Cik Garin berkata meskipun Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mempunyai perjanjian untuk saling membantu satu sama lain ketika berlakunya kekurangan bekalan, tidak semua negara bersedia untuk menghadapi satu lagi krisis.

Rantau ini masih berdepan ketidaktentuan bekalan tenaga menyusuli gangguan yang berpunca daripada perang di Timur Tengah.

"Kita sedang bertindak balas terhadap krisis yang baru berlaku, dan (pendekatan) yang merupakan satu tindak balas tidak dapat menyelesaikan masalah jangka panjang," kata beliau.

"Saya rasa ini satu lagi peringatan kepada semua pihak supaya mengambil tindakan."

Filipina, misalnya, sudah mula membina kemudahan penyimpanan stok bahan api pertama milik pemerintah dan sedang menyemak peraturan bagi melindungi para pengguna daripada kenaikan harga secara mendadak.

"Kita perlu menyemak semula undang-undang dan prasarana kita. Malah, kita juga perlu menyemak semula pembiayaan kita," kata Cik Garin.

Beliau menambah ASEAN mungkin memerlukan beberapa tahun untuk menjadi lebih bersedia untuk menghadapi satu lagi gangguan besar bekalan tenaga.

GRID TENAGA ASEAN MEMERLUKAN PERJANJIAN DUA HALA

Cik Garin turut berkata kemajuan dalam usaha membangunkan grid tenaga ASEAN yang sudah lama dibincangkan bergantung pada kejayaan negara-negara anggota mencapai persetujuan mengenai sambungan bekalan elektrik rentas sempadan.

Negara-negara anggota ASEAN mencapai kata sepakat berhubung memorandum persefahaman (MOU) yang dipertingkat bagi grid tenaga serantau tersebut pada awal Oktober.

Cik Garin berharap dokumen tersebut dapat dimuktamadkan semasa Sidang Puncak ASEAN di Manila pada November.

Beliau menyifatkan persetujuan itu sebagai satu pencapaian penting, namun menegaskan ia tidak bermakna pembinaan sambungan baharu akan dimulakan dengan serta-merta.

"Ia lebih sebagai satu pengisytiharan politik atau semangat kebersamaan bahawa kita semua bersetuju tentang perlunya grid tenaga ASEAN dan perlunya kita berkongsi bekalan elektrik sesama sendiri," kata beliau.

"Tetapi bagaimana projek itu akan dilaksanakan? Pada asasnya, ia bergantung pada hubungan antara satu negara dengan negara yang lain. Ia tidak bermakna semua pihak akan mula membina sekarang hanya kerana kita mempunyai MOU yang dipertingkat."

Bagi Filipina, ia bermakna adanya keperluan untuk merundingkan perjanjian dua hala mengenai kemungkinan sambungan bekalan elektrik dengan Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Ketika ditanya berhubung kemungkinan mengadakan sambungan kabel elektrik dasar laut antara Filipina dengan Indonesia, Cik Garin berkata perbezaan dalam peraturan harga elektrik perlu diselaraskan. Kedua-dua negara juga perlu bersetuju mengenai laluan prasarana yang sesuai.

Daya maju komersial projek itu juga penting, termasuk menentukan negara mana yang akan membekalkan elektrik dan negara mana yang akan membelinya.

"Kita perlu memastikan bahawa pelaburan tersebut berbaloi bagi pihak pemaju," kata beliau.

LNG KEKAL SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA CAMPURAN TENAGA FILIPINA

Meskipun terdapat kebimbangan mengenai turun naik harga bahan api, Cik Garin berkata gas asli cecair (LNG) akan terus memainkan peranan dalam campuran tenaga Filipina sedang negara tersebut memperluaskan penjanaan tenaga boleh diperbaharuinya.

Beliau berkata LNG akan menyediakan keupayaan penjanaan elektrik yang fleksibel bagi menyokong sumber tenaga boleh diperbaharui.

"Semakin banyak tenaga boleh diperbaharui yang kita gunakan, yang lebih murah dan lebih terjamin dari segi bekalan kerana sumbernya boleh didapatkan di negara sendiri, kita akan memerlukan teknologi tertentu yang dapat menyesuaikan penjanaan dengan permintaan elektrik," kata beliau.

"Ini kerana apabila tiada cahaya matahari atau angin, sesuatu perlu disesuaikan bagi menampung keperluan tenaga."

Filipina menyasarkan untuk meningkatkan bahagian tenaga boleh diperbaharui dalam campuran penjanaan elektriknya kepada 35 peratus menjelang 2030 dan 50 peratus menjelang 2040.

Bagaimanapun, Cik Garin berkata penggunaan gas asli di negara itu juga semakin meningkat dalam usahanya memastikan bekalan elektrik yang boleh dipercayai.

"Kami tidak akan mengeluarkan gas daripada campuran tenaga kami," kata beliau.

KERJASAMA TENAGA SERANTAU PERLU DIPERKUKUH

Cik Garin berkata ASEAN secara keseluruhannya mempunyai sumber tenaga yang mencukupi, namun penyelarasan yang lebih baik diperlukan bagi memastikan negara-negara anggota dapat saling melengkapi satu sama lain.

Beliau menarik perhatian rantau ini mempunyai pelbagai sumber tenaga, dengan sesetengah negara kaya dengan sumber hidroelektrik, gas atau minyak, manakala Filipina mempunyai potensi besar dalam tenaga suria dan geoterma.

Beliau berkata pihaknya sudah meminta Pusat Tenaga ASEAN supaya menilai sumber tenaga yang tersedia di setiap negara anggota dan meneliti bagaimana negara-negara tersebut dapat saling menyokong satu sama lain dengan lebih baik.

Walaupun perjanjian seperti Grid Tenaga ASEAN dapat membantu memperkukuh dan memantapkan jaminan bekalan tenaga serantau, Cik Garin berkata keputusan mengenai perdagangan tenaga tetap terletak pada pemerintah setiap negara.

"Tindakan setiap negara adalah hak autonomi (masing-masing). ASEAN sebagai sebuah institusi tidak boleh menentukan keputusan yang melibatkan kedaulatan negara-negara anggotanya," kata beliau.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita