Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ASEAN kutuk keras Myanmar atas pelaksanaan hukuman mati

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN kutuk keras Myanmar atas pelaksanaan hukuman mati

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 26 Jul 2022 05:27PM Dikemas Kini : 26 Jul 2022 06:55PM

KEMBOJA: Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mengutuk pelaksanaan hukuman mati empat aktivis demokrasi Myanmar, termasuk Phyo Zeyar Thaw, Kyaw Min Yu, Hla Myo Aung dan Aung Thura Zaw, meskipun Perdana Menteri Kemboja Hun Sen selaku Pengerusi ASEAN dan juga Anggota Negara ASEAN lain sudah mengemukakan rayuan agar hukuman itu dipertimbangkan semula. 

"Walaupun ASEAN sedia maklum kerumitan krisis di Myanmar dan suasana tegang dapat dirasakan dari semua penjuru Myanmar, seluruh ASEAN menyeru supaya junta mengawal diri, bersabar dan berusaha mengelakkan daripada keadaan menjadi bertambah buruk," menurut Kemboja dalam kenyataannya pada Selasa (26 Jul). 

"Pelaksanaan hukuman mati itu, hanya seminggu sebelum Mesyuarat Menteri ASEAN ke-55 dikutuk sekeras-kerasnya," menurutnya, sambil menambah bahawa tindakan junta itu menunjukkan "kurang keinginan" mereka untuk menyokong ASEAN mengadakan dialog antara semua pihak terlibat. 

"Kami sangat menggesa semua pihak terlibat supaya berhenti mengambil tindakan yang akan memudaratkan lagi krisis, menghambat dialog damai antara semua pihak terbabit dan menggugat keamanan, keselamatan dan kestabilan, bukan sahaja di Myanmar, tetapi di seluruh rantau ini," menurut kenyataan tersebut. 

Tentera junta yang merampas kuasa tahun lalu, melaporkan pada Isnin (25 Jul) melalui media tempatan bahawa ia sudahpun melaksanakan hukuman mati terhadap aktivis berkenaan kerana membantu "tindakan pengganasan" oleh sebuah gerakan tentangan awam, iaitu pelaksanaan hukuman mati Myanmar yang pertama dalam beberapa dekad. 

Berita itu mencetus kemarahan masyarakat antarabangsa, dengan Amerika Syarikat, Britain, Australia, Kesatuan Eropah (EU) dan pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh junta berkelakuan ganas. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan